Ada sebab mengapa Floyd Mayweather layak digelar The Money Team. Dalam satu temubual bersama TMZ Sports Rabu lalu, beliau mahu berlawan dengan bintang terbaru UFC, Khabib Nurmagomedov.
Mayweather sebelum ini bertarung dengan Conor McGregor tahun lalu di mana Mayweather menang dalam pertarungan 10 pusingan. Mayweather turut berkata Conor adalah ‘sisa makanannya’ dan untuk bertarung dengan Khabib, ianya bukan satu masalah besar buatnya.
Namun seperti juga McGregor, Khabib perlu bertarung di gelanggang tinju dan bukannya gelanggang UFC. Floyd pada ketika ini memegang rekod 50 kemenangan tanpa kalah. Khabib juga sedang memegang rekod tanpa kalah.
Dikatakan perlawanan khas antara Mcgregor tahun lalu menjana pendapatan £450 juta (RM2.4 bilion+-) dan Mayweather sendiri mengutip £210 juta (RM1.1 bilion+-). Jika perlawanan ini berlangsung, semestinya Floyd akan menjana wang yang banyak. Tiada kata putus daripada Khabib berkenaan perlawanan ini dan sama-sama kita nantikan.