Selepas hampir 8 tahun model Ford Mustang (S550) berada di pasaran, Ford telah melancarkan Mustang generasi ke-7 sebagai model 2024. Ford Mustang 2024 itu masih lagi mengekal reka bentuk seperti model terdahulu, namun ada beberapa bahagian touch up untuk nampak lebih moden.
Untuk model kali ini, Ford tawarkan dua model utama iaitu Mustang 2.3-liter EcoBoost dan Mustang 5.0-liter GT. Pada masa sama bagi yang minat ‘drop-the-top’, buka bumbung semasa memandu, pelanggan boleh mendapatkan model cabriolet. Lebih menarik lagi, model kali ini ditawarkan dengan dua pilihan transmisi sama ada manual atau automatik.
Baca Juga:
- Model Ford Mustang Elektrik Berjaya Tarik 70% Pelanggan Baharu
- Kurang Dapat Sambutan Di Eropah, Ford Hentikan Jualan Mustang 2.3 Ecoboost
- Mustang Shelby GT500 2020, Kereta Ford Terhebat Pernah Dihasilkan


Antara ciri-ciri lain yang diumumkan oleh Ford adalah ‘Remote Rev‘ di mana kereta ini boleh menghidupkan enjin dan rev kereta dari jauh hanya menggunakan fob kunci sahaja.
Untuk model 2024 ini juga, Ford turut meletakkan ‘Electronic Drift Brake‘ yang menggantikan handbrake mekanikal untuk memudahkan pemandu membuat aksi drift, di kawasan yang selamat.
Setakat ini Ford tidak mendedahkan sebarang spesifikasi model Mustang 2024. Namun dipercayai harganya akan didedahkan menjelang model itu mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada musim panas 2023 nanti.
Anda boleh lihat lagi gambar penuh ketiga-tiga model Ford Mustang 2024 di bawah. Bagi peminat musclecar adakah anda minat dengan rekaan terbaharu Mustang yang bakal berada di pasaran kelak?








*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.