Pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini boleh meneliti penggunaan elektrik mereka dengan lebih teliti melalui format bil elektrik baharu yang lebih terperinci, susulan pelaksanaan struktur tarif elektrik baharu yang diumumkan baru-baru ini oleh Suruhanjaya Tenaga.

Struktur baharu ini telah diluluskan kerajaan di bawah mekanisme Incentive-Based Regulation (IBR) mengikut Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Baca Juga:

Cara Mudah Untuk Fahami Format Bil TNB Baharu Mulai 1 Julai
Sumber Gambar: Tenaga Nasional Berhad

Memetik laman The Edge, bil elektrik yang diterima pelanggan akan menunjukkan pecahan kepada tiga komponen utama: caj penjanaan, caj rangkaian, dan caj runcit.

Langkah ini bertujuan meningkatkan ketelusan dan membantu pengguna memahami dengan lebih jelas struktur bil elektrik mereka.

Cara Mudah Untuk Fahami Format Bil TNB Baharu Mulai 1 Julai
Sumber Gambar: Tenaga Nasional Berhad

“Caj penjanaan merangkumi kos bahan api, kapasiti penjanaan dan pelarasan harga bahan api global. Caj rangkaian pula melibatkan kos operasi penyelenggaraan sistem penghantaran dan bekalan. Manakala caj runcit melibatkan kos perkhidmatan pelanggan, pengebilan dan pengurusan akaun,” menurut laman tersebut.

Format bil baharu ini direka untuk memudahkan pengguna menganalisis setiap sen yang dibelanjakan serta membuat keputusan yang lebih bijak dalam pengurusan tenaga harian mereka.

Mulai Julai 2025, pelanggan akan menerima bil peralihan yang memaparkan dua set caj penggunaan bagi dua tempoh berbeza: sebelum 30 Jun 2025 (mengikut tarif lama) dan bermula 1 Julai 2025 (mengikut struktur tarif baharu).

Pengguna akan dapat dua halaman bil TNB
Cara Mudah Untuk Fahami Format Bil TNB Baharu Mulai 1 Julai
Sumber Gambar: Tenaga Nasional Berhad

“Bil peralihan bagi Julai 2025 boleh diakses dalam masa 24 jam melalui aplikasi dan portal myTNB, manakala bil bercetak akan dihantar dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh bacaan meter,” jelas laman tersebut.

Bagi memastikan ketelusan, TNB juga akan mengedarkan slip pengesahan bacaan meter sebagai bukti bahawa bacaan telah dibuat.

Mulai Ogos 2025, pelanggan akan menerima bil elektrik dengan pecahan terperinci caj mengikut struktur baharu tersebut.

Selain itu, bagi membantu pengguna menyesuaikan diri dengan perubahan ini, TNB turut menyediakan kalkulator bil elektrik dalam talian di laman rasmi myTNB, membolehkan pelanggan membuat anggaran bil berdasarkan penggunaan dan kadar tarif baharu.

Sumber