Ini merupakan kali kedua kumpulan dari Indonesia, Fourtwnty bertandang ke Kuala Lumpur setelah 2019. Dibawakan khas oleh Shiraz Projects Sdn Bhd, konsert Fourtwnty pada tahun ini menampilkan kelainan dengan membawa tema Heliotropisme.
Heliotropisme diambil dari kisah bunga matahari yang hidup di dataran tinggi dengan cuaca tropika. “Sama seperti logonya, dimana bunga matahari selalu menghadap ke arah matahari, Fourtwnty juga dengan senantiasa melihat dan mengikuti apa yang ingin menjadi keinginan penggemar,” jelas Fourtwnty.
Tema yang sama juga di bawa Fourtwnty di 10 buah lokasi di Indonesia antaranya Medan, Makassar, Malang, Palembang dan Yogyakarta. Dan judul yang sama dibawakan khas ke Malaysia sebagai salah sebuah lokasi dalam rangkaian jelajah tersebut.
Pihak The Vocket difahamkan bahawa konsert semalam dihadiri hampir 3,000 peminat Fourtwnty di Malaysia.
Enjoy koleksi foto sepanjang konsert ini berlangsung semalam.
Fourtwnty membuka konsert kedua di Malaysia dengan lagu Realita dan disambut lebih daripada 3,000 penonton di Zepp, Kuala Lumpur – Vocket/aimannzrAri Lesmana pernah akui bahawa album Ego & Fungsi Otak dibikin dengan semua ahli berada pada tahap ego yang tinggi. Tambah pula album itu keluar selepas lagu ‘Zona Nyaman’ berjaya menambat hati peminat Indonesia dan Malaysia – Vocket/aimannzrSebulan sebelum sampai ke Malaysia, Fourtwnty ada berkunjung ke Bali. Di sana ada acara Prost Fest 2022 sedang berlangsung. Bersama Pantai Mertasari, Fourtwnty mendendangkan Mangu buat pasangan yang berbeza agama – Vocket/aimannzrPenonton ‘wild’ sepanjang 2 jam konsert Fourtwnty di Zepp Kuala Lumpur – Vocket/aimannzrKonsert Fourtwnty tahun ini lebih ‘feel’ bila pihak penganjur buat acara ini di Zepp, Kuala Lumpur. Tempat besar dan bunyi sedap. – Vocket/aimannzrAri Lesmana ‘lead’ kumpulan Fourtwnty pernah kerja bank sebelum ambil keputusan jadi anak band sepenuh masa. Dari bank ke band. – Vocket/aimannzrSambutan hangat oleh peminat telah memaksa penganjur melanjutkan hari persembahan ke 1 dan 2 Oktober. Menariknya, kedua-dua hari ini ‘Sold Out’ – Vocket/aimannzrAri Lesmana dan Nuwi dalam ‘mood’ siluet – Vocket/aimannzrAntara penonton yang hadir – Vocket/aimannzrPada 2015, Fourtwnty pernah hampir buat keputusan untuk bubarkan kumpulan ini disebabkan tekanan hidup dan tiada kemajuan yang dicapai Fourtwnty. Tujuh tahun kemudian, Fourtwnty berada di Malaysia dan main depan lebih 3,000 peminat. – Vocket/aimannzrAntara penonton yang hadir – Vocket/aimannzrAntara penonton yang hadir- Vocket/aimannzrAntara penonton yang hadir- Vocket/aimannzrAntara penonton yang hadir- Vocket/aimannzr