Walaupun negara kita sudah lama capai kemerdekaan, akan tetapi masih ada yang bersikap perkauman. Sebelum ini, ada individu meluahkan kekecewaan sukar mencari rumah sewa disebabkan dia kaum India.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @vikarworld berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya dan 3 orang rakannya rap membangkitkan isu perkauman yang sepatutnya sudah tidak lagi wujud kerana sudah lama mencapai kemerdekaan.
Baca Juga:
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
@vikarworld Rap about Indians in Malaysia! This is our merdeka song! #inistylekita
Menerusi video terbabit, mereka bergilir-gilir rap meluahkan apa yang terjadi kepada kaum India di negara ini dan meminta agar semua orang membuka mata akan isu tersebut.
Video itu telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen memuji rap mereka serta mengatakan ramai orang yang hatinya masih belum ‘merdeka’.
Bukan itu sahaja, para netizen turut faham dengan isu yang cuba diketengahkan oleh mereka dan berharap rakyat Malaysia akan lebih harmoni serta saling hormat menghormati.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih lebih 2 juta tontonan dan mendapat lebih 200 ribu tanda suka.