Peminat G-Dragon dedahkan scalper telah menjual semula tiket penyanyi K-pop itu pada harga mencecah RM11,000.00.
Scalper manipulasi sistem
Peminat kecewa kerana scalper ini telah memanipulasi sistem pembelian tiket untuk menewaskan pembeli yang lain. Dan perkara itu diakui oleh scalper itu sendiri.
Scalper turut menegaskan bahawa dia hanya membantu bosnya untuk menjual tiket tersebut. Di mana peminat G-Dragon percaya itu cuma penipuan.
Lantas peminat tersebut berharap tiada orang yang menyokong scalper tersebut, supaya dia menanggung rugi selepas melakukan perkara yang jelas tidak beretika.
“Memandangkan saya tak dapat tiket, saya nak dedahkan local scalper ini. Tolong ya ramai ramai report IG dia.
“Dia dah private tapi masih aktif memuat hantara pasal ticket GD.
“Dia mengaku dia guna Bypass to skip queue. Tolong jangan beli, biar dia rasa miskin.
Scalper itu turut menyindir mereka yang tak ada duit untuk membayar harga mahal yang dia letak untuk tengok sahaja rakaman daripada peminat di YiouTube.
Dia juga mempertahankan tindakannya untuk menjual harga tiket jauh lebih mahal daripada harga asal. Kerana menurutnya, barang laku ‘keras’.
Konsert Inteam pun boleh habis dalam masa 2 jam, apatah lagi G-Dragon menurutnya.
Apa yang lebih gila ada scalper yang menjual tiket GD mencecah harga RM11,000.00.
gilaaaa sampai 11k 😂😂 pic.twitter.com/3fNuAZ6MGO
— zy (@xxsbrnaxray_) May 29, 2025
Mereka berharap pengurusan G-Dragon maklum tentang isu ini. Kerana peminat sebenar artis tersebut telah menjadi mangsa kepada scalper yang membeli tiket, bukan sebab mereka minat GD, tetapi sebab nak menjualnya dengan harga lebih mahal.
Isu ini bukanlah isu baharu, terutama sekali melibatkan konsert artis K-pop dan antarabangsa yang lain. Scalper akan bermaharajalela untuk mengambil kesempatan di atas perkara tersebut.