Bagi pengumpul koleksi jam tangan G-Shock dan peminat Transformers pasti akan teruja dengan kolaborasi terbaharu mereka.

Koleksi kali ini lebih menarik kerana diinspirasikan daripada Master Nemesis Optimus Prime. Hampir sama dengan koleksi sebelum ini kerana hadir dengan jam tangan dan juga patung figura yang boleh dijadikan tempat untuk meletak jam tangan tersebut.

Model yang digunakan adalah DW-6900TF-4 dan keseluruhan jam tangan ini berwarna hitam manakala pada muka jam hadir dengan warna merah. Pada tali jam tangan juga terdapat garisan berwarna hijau menjadikan ia warna ikonik untuk karakter Master Nemesis Optimus Prime.

Harga koleksi jam tangan ini adalah ¥30,000 (~RM1,1447) sahaja dan untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini. Malangnya, koleksi ini akan dijual secara eksklusif di Jepun sahaja pada 7 Disember 2019 ini.

1

2

Pastinya anda berasa kecewa dengan perkhabaran ini, tetapi masih ada masa untuk beli tiket penerbangan ke sana untuk mendapatkan koleksi tersebut. Di bawah ini, kami senaraikan beberapa koleksi yang pernah ditampilkan G-Shock.

Casio Lancar Generasi Terbaru G-Shock Mudmaster ‘Carbon Fiber’

Asus Dan Casio Hadir Dengan Model G-Shock ‘ROG’ Edisi Terhad

G-Shock Lancar Tiga Model Khas Sempena ‘Avengers: Endgame’