Casio telah membentuk kerjasama baru dengan Tentera Darat British dengan menghasilkan satu model edisi khas yang diberi nama, Mudmaster. Kali ini, G-Shock hadir dengan reka bentuk tentera yang diilhamkan oleh Multi Terrain Pattern Army.

Reka bentuk ini dicipta khas buat tentera dengan tujuannya adalah untuk menjadi sebahagian daripada penyamaran apabila dipakai sewaktu operasi.

7GeiEy9iZ4ZbJCYYGEq4KY-2560-80

Jam tangan ini mempunyai Struktur Pengawal Karbon Terperinci yang diperbaharui dan bezel karbon yang berlapis tiga, menjadikan jam tangan ini lebih ringan. Ia juga turut hadir dengan butang silinder bagi mengelak habuk, ditambah butang besar untuk menjadikan ciri-cirinya mudah digunakan.

Ia juga hadir dengan Bluetooth untuk disambung ke aplikasi telefon pintar G-Shock, ditambah memori log misi, memori lokasi dan anggaran kalori yang dibakar.

Ex4yucw25UwyMx2RKyQdaU-2560-80

Seperti yang anda harapkan, Mudmaster adalah jam tangan yang besar, dengan lebar 53.1mm manakala beratnya (dengan tali) adalah 92g.

Lengkap dengan kotak penyamaran edisi khas, edisi British Army G-Shock Mudmaster akan mula dijual pada bulan Mac dan berharga RM1,900.

https://www.youtube.com/watch?v=u60LJek2CTM&feature=youtu.be

Klik pautan di bawah jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai G-Shock.

G-Shock Raikan Ulang Tahun Ke-25 Model GM-6900 Dengan Reka Bentuk Terbaharu

G-Shock S Series Tampilkan Rekaan Lutsinar Untuk Koleksi Rose Gold