Inilah kenyataan yang terungkap oleh netizen iaitu ‘di luar nalar’ selepas melihat berita berkenaan cadangan seorang gabenor di Indonesia baru-baru ini.

Memetik Sinar Harian, seorang gabenor dari Jawa Barat bernama Dedi Malyudi mencadangkan prosedur vasektomi sebagai syarat pemberian bantuan sosial kepada lelaki mskin telah mencetuskan kemarahan di dalam kalangan rakyat Indonesia.

gabenor
Sumber Gambar: Tempo.co

Langkah yang diumumkan pada 29 April itu didakwa bertujuan untuk mengawal kadar kelahiran dalam kalangan keluarga miskin, dengan sasaran jangka panjang untuk mengurangkan kemiskinan tegar di wilayah tersebut.

“Kalau seseorang tidak mampu membiayai kehamilan dan pendidikan anak, lebih baik jangan terburu-buru mahu menjadi ibu bapa,” ujar Dedi dalam kenyataan yang mendapat perhatian meluas media tempatan.

Kenyataan itu serta-merta mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan tokoh agama, pemimpin masyarakat, pakar akademik, pertubuhan hak asasi manusia, dan orang ramai yang melihat cadangan tersebut sebagai sesuatu yang melampau, tidak berperikemanusiaan, dan bercanggah dengan hak asasi.

Apa itu vasektomi?

gabenor
Sumber Gambar: mediaperawat.id

Vasektomi merupakan kaedah perancang keluarga kekal untuk lelaki. Prosedur ringkas ini melibatkan pemotongan dan penutupan tiub yang membawa sperma dari testis.

Dengan cara ini, persenyawaan dapat dielakkan kerana sperma tidak lagi bercampur dengan air mani. Keupayaan seksual lelaki tidak terjejas, namun vasektomi lazimnya bersifat kekal dan pemulihannya sukar.

“Cadangan Dedi menetapkan bahawa lelaki yang bersedia menjalani vasektomi akan menerima insentif sebanyak Rp500,000 (RM130),” ujarnya.

Lebih menimbulkan kontroversi, bantuan lain seperti subsidi makanan, perubatan, biasiswa, dan perumahan juga akan dikaitkan dengan persetujuan mereka untuk menjalani prosedur tersebut.

“Saya ingin lelaki lebih bertanggungjawab dalam hal perancangan keluarga, bukan hanya menyandarkan kepada wanita,” tegasnya.

Respon dari pelbagai pihak

Menteri Sosial Indonesia, Saifullah Yusuf, mengingatkan bahawa bantuan sosial tidak boleh sewenang-wenangnya dihubungkan dengan syarat perubatan yang menyentuh hak tubuh seseorang

“Kalau sudah menyentuh hak tubuh badan dan kesihatan, perlu dinilai dari pelbagai sudut. Ini bukan isu mudah,” katanya.

Muhaimin Iskandar, Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan, menegaskan bahawa syarat tersebut bertentangan dengan undang-undang yang ada.

“Tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan negeri menetapkan syarat seperti itu untuk bantuan sosial,” katanya.

Majelis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat menyatakan bahwa vasektomi adalah haram menurut hukum Islam jika dilakukan secara permanen tanpa adanya kebutuhan medis yang mendesak.

“Prosedur pemandulan kekal seperti vasektomi tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan darurat kesihatan. Ia bukan soal wang, tetapi soal hukum,” ujar Pengerusinya, KH Rahmat Syafei.

Suruhanjaya Nasional Hak Asasi Manusia Indonesia (Komnas HAM) mengecam usulan tersebut karena dinilai melanggar hak atas tubuh individu dan memberikan tekanan yang tidak semestinya kepada kelompok miskin.

“Badan manusia ialah hak mutlak individu. Mengaitkan bantuan dengan prosedur perubatan adalah satu bentuk paksaan halus,” kata pengerusinya, Atnike Nova Sigiro.

Mejawab kritikan yang terus-menerus, Dedi Mulyadi menekankan bahwa usulan tersebut bukanlah pemaksaan, melainkan sekadar anjuran dengan insentif yang bersifat sukarela.

“Saya cuma mengajak, bukan memaksa. Jika tidak mahu, tiada paksaan. Tapi kita harus berfikir panjang soal masa depan keluarga miskin,” jelasnya.

Sementara netizen tempatan di sana membidas cadangan yang tidak beperikmanusiaan tersebut dan menuduh figura itu sengaja memainkan isu sensitif tersebut sebagai “modal politik murahan”.