Baru-baru ini sebuah video yang kurang menyenangkan tular di media sosial. Video yang menunjukkan seorang wanita yang berkelakuan tidak senonoh dengan menjilat aiskrim dan meletakkan semula di dalam peti. Kejadian dilaporkan berlaku di pasaraya Walmart, Texas.
https://twitter.com/BlindDensetsu/status/1144954255318671366
Wanita tersebut kini sedang diburu pihak polis dan berkemungkinan akan berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Syarikat pengeluar aiskrim Blue Bell kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa produk yang tercemar itu sudah dibuang. Tambah mereka lagi, perbuatan merosakkan kualiti produk makanan adalah sangat tidak beradab.
Jika anda masih ingat, beberapa minggu lalu, kejadian yang hampir sama terjadi di negara kita apabila sekumpulan remaja lelaki juga didapati melakukan perbuatan tidak bermoral dengan merosakkan beberapa makanan di FamilyMart.
Kejadian yang dirakamkan di FamilyMart cawangan Nilai itu menunjukkan dengan jelas seorang remaja memicit-micit beberapa jenis makanan dan sempat membuka penutup air minuman yang dijual. Perbuatan itu telah menyebabkan kerugian hampir RM30. Sama seperti kes diatas, pelaku juga diburu pihak polis mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Pengajaran di sini adalah jangan kita melakukan perbuatan bodoh semata-mata untuk mendapatkan views atau followers kerana anda boleh berdepan hukuman mahkamah seperti gadis ini. Mungkin ianya sesuatu yang lucu bagi rakan-rakan anda tetapi tidak kepada umum.