Nota Editor: Buat pertama kalinya gadis bernama Kim Eng ini mengambil keputusan untuk berkongsi di Vocket selepas lebih setahun beliau menjadi traveller sepenuh masa dan mengembara ke serata dunia bersama sahabat baiknya Bijan.

Untuk pengetahuan, Kim Eng dan Bijan juga banyak berkongsi pengalaman travel mereka di Facebook Page Menari Utopia- Bijan & Kim.

Ikuti perkongsian menarik Kim Eng di bawah.

kim-eng-10

Aku dan Bijan di Serengiti. Kita orang berkhemah 2 malam kat sini.

Selamat Tahun Baru 2016. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan pengalaman lepas menjadikan kita insan lebih matang. Seperti pepatah Inggeris ‘another year older, another year wiser’.

Setiap orang mempunyai pengalaman dan kenangan pahit manis sepanjang tahun 2015.

Memang banyak perubahan dalam hidup aku kerana keputusan yang aku ambil untuk merealisasikan impian RTW (Round The World) bersama kawan yang mempunyai minat sama, Bijan. 16 bulan kami berkelana dan menjadi musafir di 23 buah negara.

Sepanjang pengembaran kami, sudah pasti bukan semuanya elok dan manis-manis saja. Apa yang aku teruja untuk share ialah mengenai persepi.

Persepsi kita terhadap orang kulit hitam, atau lebih tepat lagi orang dari continent Afrika.

Bila sebut saja Afrika, rata-rata orang sangat sceptical. Tak boleh disalahkan juga sebab banyak sangat kes-kes yang melibatkan orang Afrika terutamanya scammers di negara kita.

Sayangkan, kebijaksanaan yang dipersalah gunakan. Kalau tidak, mesti orang-orang Afrika boleh berdiri sama tinggi dengan orang-orang negara China. Iyelah, population mereka kan over One Billion.

Kami memulakan pengembaraan overland kami dari Egypt ke South Africa yang mengambil masa 5 bulan. Negara-negara yang telibat ialah Egypt (Mesir), Sudan, Kenya, Tanzania, Malawi, Zambia, Zimbabwe, Bostwana, Namibia, Lesotho dan South Africa.

1. Egyptian (Orang Mesir)

kim-eng-17

kim-eng-18

kim-eng-19

Mereka memang terkenal dengan sikap suka ‘mengencingkan’ orang. Malah aku dan Bijan pun kena 2-3 kali. Lakonan depa memang 1st class sebab lakonan mereka selalunya akan membuatkan kita kasihan padanya lalu kita pun give in.

Aku ingat lagi masa aku dan Bijan di Pyramid, seorang pakcik dalam umur lingkungan umur lewat 60-an beriya-iya minta kami untuk naik untanya. Kami juga beriya-iya tolak sebab kami pun tight budget kan, tapi bila dia keluar killer statementnya, iaitu dari pagi hingga ke petang dengan suhu 42 Celcius hanya ada 2 customer.

Dan kalau kami sudi menyewa untanya, Pakcik ini akan balik dan spend time dengan keluarganya. Tak berlaku lah. Malah bila terserempak dengan Pakcik ni lagi, dia sengih je sebab dia malu dengan kami.

Tapi bila kita betul-betul kenal Egyptian ni, mereka ni sebenarnya memang baik. Kalau kita dalam kesusahan, memang dia beriya-iya tolong kita sampaikan kita naik malu pun iye jugak.

Sony, nama timangannya, dia tolong survey tempat nak beli lense untuk Bijan hinggakan sanggup drive kami ke Star City, pusat membeli-belah yang paling terkenal di Egypt.

Star City ni dalam 25km, tapi sebab traffic jam kat Egypt ni, 1 jam baru boleh sampai di Star City. Kemudian dia duduk di café menunggu kami hingga kami selesai.

Bukan itu sahaja, dia juga tolong Google di mana possibilites yang ada jual lense tersebut bila Star City tiada stok. 2-3 hari juga dia drive kan kami ke sana sini cari lense.

Tapi yang aku respect ialah, dia bukan saja baik, tapi dia memang tahu membezakan hal antara business dan persahabatan. Ini kerana Sony ialah pengusaha hostel di mana kami tinggal.

Negotiate lah macam mana, dia tetap tidak akan memberi extra discount. Tapi kalau ada masalah, dia memang akan pastikan masalah kita tu diselesaikan.

Ada juga incident dia nak ikut kami pergi Imigresen office di Egypt setelah visa kami tamat demi memastikan aku dan Bijan tak kena ‘kencing’ di Imigresen office.

2. Sudanese (Orang-orang Sudan)

kim-eng-14

kim-eng-15

kim-eng-16

Rasanya tak tahu apa persepi orang ramai terhadap mereka. Tak tahu what to expect bila mula-mula sampai di negara ini. Orang dok kata negara ini merbahaya sebab civil war kan. Adakah bermakna mereka ni hostile?

Tidak sama sekali. Surprisingly, Sudanese ini macam Sony. Semua Sudanese yang kami jumpa sepanjang 10 hari di Sudan memang memeranjatkan aku, baik di kawasan kampung atau di bandar Khartoum.

Mereka ni miskin tapi mereka sanggup mengenepikan kemiskinannya asalkan dapat tolong orang. Masa kami di sempadan Sudan nak patah balik ke Egypt, kami kekurangan wang Sudanese Pound.

Pihak Imigresen berkeras kami perlu bayar ‘allien entrance fee’ yang sebenarnya tak perlu pun. Hamza, warga Sudanese yang kami kenal 7 hari lepas kebetulan menghantar saudaranya pulang ke Egypt, terus datang kat aku dan tanya duit kurang berapa. Terus dia bayar.

Sudanese kaya dengan senyuman dan hospitality is No. 1. Tanyalah sesiapa yang pernah ke Sudan, pasti akan setuju dengan statement ini.

Baca: Road Trip Keliling Dunia, Gadis Malaysia Ini Berkongsi Kisah Tersekat Di Sudan

3. Orang-orang Kenya, Tanzania, Malawi, Zambia, Zimbabwe, Batswana, Namibia, Basotho dan South Africa

kim-eng-8

Sunset di Victoria Falls. Sempadan antara Zimbabwe dan Zambia

kim-eng-13

Ini kat Bostwana.

kim-eng-9

Oh rindunya aku kat dia orang ni, Stella & Mich. Ni masa kita orang naik kereta sedan sama-sama. Kereta sapu gitu, tapi angkut seramai-ramai umat. Menyeberang sempadan dari Malawi ke Zambia.

kim-eng-3

Comot tapi comel. I really miss the cheeky face.

kim-eng-2

Aku ringkaskan kan semua ini satu sebab ada antara mereka yang dari suku yang sama walaupun berlainan negara.

Pengalaman di 9 negara ini memang akan mengubah persepsi terhadap orang kulit hitam. Bayangkan kalau telur rebus itu merupakan makanan mewah buat mereka untuk beberapa negara terbabit, betapa daifnya mereka ini.

Ikan bilis yang ditangkap beramai-ramai, dibahagi sesama mereka sebagai lauk untuk sekeluarga dan bila dah dibahagi masing-masing mungkin dapat dalam segenggam saja. Tapi mereka tidak langsung meminta dan tidak juga cuba untuk merompak atau meragut kami. Salute dengan integrity mereka.

Tidak dinafikan kami juga terserempak dengan orang yang cuba mengambil kesempatan terutama masa nak beli tiket bas, masa tengah jalan-jalan di bandar mereka.

Tapi itu semua asam garam kehidupan. Di mana-mana saja ada ‘ulat’ akan datang mengerumuni bila mereka nampak unfamiliar faces.

Kalau kita pergi JPJ office di negara kita contohnya, cuba lihat ‘ulat’ yang datang. Pandai-pandilah kita merelakan diri atau membuat lebih kajian terlebih dahulu.

Sesungguhnya, jangan biarkan persepsi menutup hati kita untuk mengenali lebih dekat Afrika dan orang-orangnya. Negara mereka sangat cantik dan selamat.

Jadikan persepsi sebagai satu informasi untuk kita mencari myth and truth. Persepsi juga sering membuat kita ‘assume’ bukan-bukan. Bak kata ex-boss aku dulu, bila kita mula assume, it is when you make an ass out of you and me.

Baca lagi perkongsian oleh Bijan dan Kim: Travel Hampir Setahun, 2 Gadis Berkongsi Kisah Suka Duka Pengembaraan Mereka

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram