Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim menyatakan kadar gaji sebenar rakyat Malaysia telah menyusut hampir tiga kali ganda dalam tempoh 40 tahun.

Memetik Sinar Harian, beliau berkata pendapatan permulaan graduan universiti pada hari ini hanya sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Jika dibandingkan nilai gaji permulaan sebanyak RM1,300 sebulan diterimanya pada tahun 1984.

Baca Juga:

Beliau berpendapat selepas mengambil kira kadar inflasi tahunan sebanyak lima peratus, pendapatan setaraf untuk graduan universiti pada zaman sekarang sepatutnya mencecah RM7,000 hingga RM8,000 sebulan.

'Gaji Graduan Universiti Sekarang Patut Bermula RM7,000-RM8,000' – Bekas Gabenor Bank Negara
Sumber Gambar: Pendapat

“Itu bersamaan dengan kuasa beli sekitar RM300 hingga RM400 pada tahun 1980-an. Secara realiti, gaji kita sudah merosot sekurang-kurangnya tiga kali ganda.

“Jika sistem pendidikan dan struktur ekonomi negara tidak dirombak, anak-anak kita berkemungkinan terpaksa bekerja sebagai buruh berkemahiran rendah,” katanya.

Malaysia sudah lama terperangkap gaji sederhana
'Gaji Graduan Universiti Sekarang Patut Bermula RM7,000-RM8,000' – Bekas Gabenor Bank Negara
Sumber Gambar: Relavan

Tambah beliau lagi, Malaysia sebenarnya sudah lama berada dalam perangkap pendapatan sederhana.

Sementara isu pendapatan rendah bukan perkara terpencil, sebaliknya ia berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkait. Antaranya kebergantungan kepada pekerja asing, kegagalan mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi dan berkualiti serta kelemahan sistem pendidikan.

'Gaji Graduan Universiti Sekarang Patut Bermula RM7,000-RM8,000' – Bekas Gabenor Bank Negara
Sumber Gambar: Malaysia MADANI

Dalam pada itu, beliau menyatakan negara masih belum berjaya mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat disebabkan ekonomi kurang cekap dan tidak berskala besar.

Kesannya menyebabkan Malaysia gagal mencipta peluang pekerjaan berkualiti untuk para graduan, petik laporan itu.

Sumber