Pastinya Bali antara destinasi pilihan untuk anda melancong bersama orang tersayang berikutan banyak tempat yang boleh dikatakan ‘insta-worthy’.
Malah, pasti anda pernah lihat perkongsian gambar yang memukau daripada rakan-rakan di media sosial anda di Kuil Lempuyang ataupun dikenali sebagai ‘Gates of Heaven’.
Baru-baru ini, tertiris di Twitter mengenai ‘rahsia’ gambar di Gates of Heaven yang menakjubkan itu. Polina Marinova telah berkongsi pengalaman beliau mengambil gambar di kuil tersebut dan ternyata bagi menghasilkan gambar sedemikian rupa hanyalah kamera trick sahaja.
Menurut beliau, gambar tersebut merupakan kemera trick dibantu dengan cermin yang diletakkan berdekatan kamera bagi menghasilkan pantulan yang mencerminkan langit. Malah, sebenarnya tiada air pun berada di kawasan tersebut, hanyalah ada tanah.
Proof that Instagram influencers have ruined everything👇
My hopes & dreams were shattered when I found out the “water” at the Gates of Heaven is actually just a piece of glass under an iPhone 😭 pic.twitter.com/oiahI5VCIo
— Polina M. Pompliano (@polina_marinova) July 4, 2019
Perkongsian beliau mendapat maklum balas daripada warganet dan ramai pihak turut berkongsi akan keadaan sebenar Gate of Heaven tersebut. Malah, ada yang beranggapan bahawa tempat tersebut indah khabar dari rupa.
Mine too. #instagram Vs #reality pic.twitter.com/ybiQqgSpMd
— Mäusespeck (@Bernard_daSilva) July 4, 2019
There is a tiny water puddle 😉 pic.twitter.com/V4augnBvOP
— Ashwin (@ashwinvx) July 4, 2019
Apakah pendapat anda setelah mengetahui perkara sebenar? Adakah anda berasa tertipu atau ianya tidak menjadi satu masalah kepada anda? Walaupun anda mungkin rasa tertipu dengan kamera trick yang dilakukan, tetapi pemandangan yang indah dari atas kuil yang disajikan mungkin menjadi penyejuk hati anda.