Umum sedia maklum, kehadiran artificial intelligence telah membuka peluang kepada orang ramai untuk berkarya semudah masukkan teks sahaja. Namun, ia masih memerlukan skil memberi arahan yang tepat untuk hasil yang realistik.

Bersempena bulan Kemerdekaan kali ini, pelbagai jabatan rasmi yang sudah bersedia dengan poster ucapan tersendiri bagi meraikannya dengan meriah.

Gambar Menara Petronas ‘Berkembar Tiga’ Dalam Poster Rasmi Dikritik Orang Ramai
Sumber Gambar: FB

Namun, tular di media sosial baru-baru ini memperlihatkan sebuah poster rasmi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67  dari Pejabat Polis Daerah Brickfields yang didapati dijana dengan bantuan kecerdasan buatan.

Walaupun pada dasarnya poster tampak normal di mata kasar, tetapi sebahagian netizen berjaya menemui kesilapan pada gambar tersebut di mana menara berkembar KLCC tersebut hadir dengan satu lagi menara tambahan sekaligus identitinya hilang begitu sahaja.

Penularan poster berkenaan lantas meraih perhatian sebahagian pereka grafik digital dan mereka meluahkan kekecewaan dengan ketidak pekaan badan berwajib dalam menghasilkan poster dengan penuh semangat patriotik untuk mengingati bulan kemerdekaan.

Gambar Menara Petronas ‘Berkembar Tiga’ Dalam Poster Rasmi Dikritik Orang Ramai
Sumber Gambar: FB
Gambar Menara Petronas ‘Berkembar Tiga’ Dalam Poster Rasmi Dikritik Orang Ramai
Sumber Gambar: FB

Sementara netizen lain pula sedia mengkritik hasil janaan gambar yang dilihat tidak tepat serta tiada feels apabila melihatnya.

Ada juga berpendapat ada baiknya badan kerajaan melantik pereka grafik tempatan yang jauh lebih berbakat dan kreatif jika tidak mempunyai kemahiran dalam menjana gambar menerusi kecerdasan buatan dengan betul.

Sumber