Tahun ini sekali lagi orang ramai tidak dibenarkan untuk pulang beraya ekoran pelaksanaan PKP. Namun ia tidak menghalang orang ramai untuk menyambut Hari Raya dengan memakai baju raya baru bagi ‘merawat’ kesedihan tidak dapat pulang ke kampung.
Namun siapa sangka, bergambar di hadapan kereta kesayangan sendiri telah mengundang rasa tidak puas hati segelintir ahli Facebook Group Myvi.

Menurut pemilik hantaran tersebut, Facebook Group itu dibuat untuk pemilik-pemilik kereta Myvi Generasi ke-tiga berkongsi gambar kereta masing-masing. Namun sebaliknya berlaku ketika Hari Raya tahun ini apabila pemilik-pemilik kereta berkongsi gambar melaram ‘OOTD’ di hadapan kereta mereka.
Hantaran tersebut telah menerima ‘sambutan’ dan ‘sokongan’ daripada ahli-ahli yang lain. Bagi mereka tidak sesuai untuk ‘menunjukkan’ tubuh badan sendiri bagi mendapatkan likes dan komen daripada ahli-ahli yang lain.



Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut sudah mendapat lebih 150 komen dan masih lagi menerima komen ‘sokongan’ daripada ahli-ahli yang lain.
Bagaimana pula dengan ahli Facebook Group jenama-jenama kereta lain, adakah anda turut sama menerima hantaran gambar pemilik kereta ‘menggayakan’ baju raya di hadapan kereta mereka?
Baru-baru ini pemandu Kancil ‘legend’ sekali lagi dirakam memandu kereta baharu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Setelah Kenderaan Disita, Pemandu Kancil ‘Legend’ Kembali Dengan Kereta Baharu
Terima Soalan ‘Kurang Ajar’, Aliff Syukri Mengamuk Dan Marah AC Mizal Dalam Set Penggambaran?
‘Teh Tarik Gelas Besar’ – Foto Kualiti Air Sungai Di Kelantan Curi Perhatian Rakyat Malaysia