Berjaya membuka lebih 1,000 cawangan di Malaysia membuktikan rangkaian kedai MR.DIY sering kali menjadi pilihan orang ramai dalam mendapatkan pelbagai barangan.
Menawarkan produk yang mampu milik dan pelbagai antara yang membuatkan MR.DIY tidak lekang dengan pengunjung.
Baca Juga:
- MR D.I.Y Catat Keuntungan Mencecah RM136.1 Juta Sempena Suku Tahunan Keempat 2022
- Berang Nasi Lemak Habis Selepas Beratur Panjang, Pelanggan Bertindak Maki Peniaga Gerai Yang Tular
Di sebalik penawaran produk meliputi pelbagai kelengkapan dalam memudahkan pembeli, MR.DIY nampaknya masih tidak terlepas dengan kelibat pengunjung yang tidak bertanggungjawab dan sivik.
Terbaharu, tular sebuah perkongsian daripada Twitter @bilaavbiscutes di mana terdapat pengunjung yang menukar selipar buruk yang dipakai dengan selipar baharu yang tersedia di rak.
Sapa pulak tukar selipar kat mr diy ni🥹 pic.twitter.com/Ex6gA5Mj4a
— L♡ (@ellebiscutes) April 29, 2023
Difahamkan tujuan penukaran selipar ini dibuat dalam membolehkan pengunjung yang boleh dilabel sebagai pencuri ini keluar daripada kedai dengan ‘selipar baharu’.
Menurut mereka yang pernah bekerja di MR.DIY, situasi ini sememangnya kerap berlaku di mana terdapat pelanggan yang dengan selamba menukar selipar atau kasut yang lama dengan produk baharu.
dulu masa kerja diy ni dah biasa dah jumpa mcm ni
— mal 〆 (@malmatthews_) April 30, 2023
Hakuh nih jaga department selipar²… Letih nak hadap customer² nihhh nak elakan depa curi… X kan hakuh nak ngekor je bontot depa abb aku de stock nak susun… Nak taw x… Aku jumpe selipar buruk teruk atas rak stationary? Jubake betuii aku x taw bila masa depa buat korje 😭…
— 𝗭𝗮𝗰𝗸 𝗞𝗮𝗽𝗮𝗻 💙🇲🇾 (@muhammadzakwans) April 30, 2023
Sebagai bekas pekerja Mr. DIY, benda ni sangat-sangat biasa terjadi ya. Dahlah bahagian kasut & selipar diletakkan kat hujung kedai. Jadi rezeki pencuri jelah.
🤣🤣🤣— Wadie Azman (@WadieAzman) April 29, 2023
Bukan tu je. Kejadian ni pun berlaku di MR DIY jugak. Siapa punya kerja la ni 🥲 pic.twitter.com/FfIBoKTa8f
— zeeyforshort (@zeeyforshort) April 30, 2023
Diharapkan situasi seperti ini tidak lagi menjadi kebiasaan kerana bukan sahaja memberi kerugian kepada pihak pekedai, malah seolah membiasakan tindakan mencuri. Semoga MR.DIY dapat memantau situasi yang berlaku agar kes kecurian selipar atau kasut tidak lagi berulang.