Tindakan seorang pemandu Proton Iriz berwarna hijau pasti tidak menyangka tindakannya ‘menunjukkan tanda protes’ kepada kenderaan belakangnya dengan menekan brek berkali-kali di lorong kanan telah mencuri perhatian warganet kerana kenderaan di belakangnya itu dipandu anak Perdana Menteri.
“Saya jarang berkongsi, tetapi saya telah dibuli di atas jalan raya hari ini. Kereta hadapan saya ini kerap menekan brek di laluan paling kanan sekali (lorong memotong).
Baca Juga:
- ‘Ini Lain Daripada Yang Lain’ – Video Ucapan Tahun Baharu Cina Perdana Menteri Raih Perhatian
- Lahir Tidak Cukup Bulan Di Australia, Bayi Ini Perlukan Bantuan Rakyat Malaysia
- ‘Bagilah Watak Apa Pun Pasti Slay’ – Netizen Puji Lakonan Naim Daniel Dalam Drama Projek : High Council
“Sangat berbahaya dan ketika itu anak berusia dua tahun ada bersama saya. Dia (pemandu wanita) berbuat perkara sebegitu selama satu minit sebelum menukar lorong ke kiri,” petik perkongsian Nurul Iham.
First saw this car near the toll gate when she honked at me for going towards the Touch N Go lane. I have signaled to go to the left, but I didn’t see any signal of her going right (towards Smart Tag lane). Guess she was mad about that 🤷🏽♀️
— Nurul Ilham Anwar (@eelhumm) January 20, 2023
Menurut Nurul Ilham, beliau mula perasan kereta tersebut sebelum melalui kawasan plaza tol. Pada ketika itu dia sudah memberikan signal untuk pergi ke lorong Touch n’ Go, bagaimanapun dia dihon oleh kereta Proton Iriz itu yang mahu ke kanan lorong SmartTAG tanpa memberikan lampu signal.
Perkongsian ciapan itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, ramai yang memberikan tips sekiranya berhadapan dengan situasi seperti itu, segeralah menukar ke lorong tengah kerana bimbang jika kereta hadapan brek mengejut, diikuti kereta sendiri brek mengejut akan menyebabkan kereta-kereta di belakang merempuh kesemuanya.
Jika ada kawasan rehat dan rawat (RnR), disarankan untuk berhenti terlebih dahulu untuk mengelakkan konflik-konflik yang tidak diingini berlaku.
In this situation, avoid the car. Move to the other lane. Driver yg main brake2 pastuh slow down dkt right lane ni mmg bahaya. Before another fast going car approach you from the back, best to change lane. Kalau dia pon change lane, at least lane lain tuh kereta dia tak laju https://t.co/clV8dFHOax
— NATASHA (@natashazlan_) January 20, 2023
share tips i practice if this happened (been taught by my eldest)
Slow down ur car, then change the lane. Let the car go ahead. If there’s RNR, then take a break there. Avoid from any unexpected events as well we control the emotional during on road. https://t.co/PV7ovSvnan
— arcane (@tengkutiny) January 20, 2023
Please report to pdrm or jpj, cant wait to see her face 💀💀💀 https://t.co/5BjmJvQTV0
— vanilla is better than chocolate. (@TheInfamousTuan) January 20, 2023
Menerusi laporan Astro Awani, polis menggesa pemandu kereta jenis Proton Iriz, yang dipercayai berkaitan kes ‘buli jalanan’ melibatkan anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham, supaya tampil bagi membantu siasatan.
Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM dalam kemas kini di laman Facebook berkata, kereta Proton Iriz warna hijau dipandu secara berbahaya dan cuba menghalang laluan sebuah kereta (perakam video).
“Tindakan sebegini boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu yang lain. JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan ini telah dikenal pasti,” demikian menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.