Kontroversi demi kontroversi telah melanda Facebook pada tahun ini. Bermula dengan penurunan kadar capaian sehinggalah kepada masalah melibatkan kejatuhan saham syarikat ini melibatkan puluhan bilion dollar.
Sekiranya anda seorang yang mengikuti perkembangan media sosial, perkongsian atau penggunaan data pengguna bukanlah sesuatu yang baru. Malah terdapat media sosial yang mengesahkan perkara ini sebelum anda mendaftar sebagai pengguna.
Namun apa sebenarnya yang membuatkan ramai tidak bersetuju dengan kerjasama Facebook dan Cambridge Analytica? Berikut merupakan ulasan penuh
Ada Apa Dengan Cambridge Analytica
Untuk pengetahuan anda Cambridge Analytica merupakan firma menganalisis data pengguna. Syarikat ini berpeluang untuk mengetahui apa yang dilayari dan ditulis pengguna di Facebook.
Berdasarkan data yang diterima, Cambridge Analytica akan mensasarkan data pengguna ini kepada syarikat yang berminat untuk mengiklankan produk mereka berdasarkan hasil kajian pengguna yang bersesuaian dengan target market mereka.
Selain itu, syarikat ini juga dikatakan berjaya menjadi dalang di dalam pilihanraya yang lalu dimana syarikat ini berpeluang mengetahui sokongan penduduk setempat berdasarakan geografi pengguna membolehkan pihak parti politik memanipulasikannya.
Kerjasama Facebook bersama Cabridge Analytica juga dilihat sebagai bantuan Facebook untuk membantu Donald Trump dimana majoriti penduduk Amerika Syarikat tidak menyukainya.
Setakat ini difahamkan Facebook secara tidak sengaja telah mendedahkan 50 juta data pengguna kepada Cambridge Analytica.

Berikutan insiden yang berlaku, sebuah kempen yang dinamakan sebagai #DeleteFacebook sedang rancak dibuat di Amerika Syarikat melibatkan beberapa individu berpengaruh. Kempen ini dibuat selepas berpendapat apa yang dilakukan Facebook ini sudah melampaui batas pengguna.
Adakah anda bakal turut sertai sekiranya data anda juga diceroboh Facebook?