Isu jalan rosak berlubang teruk di seluruh negara umpama tiada noktah dan terus menghantui para pengguna.
Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam menunjukkan sebuah rider penghantar makanan nyaris kemalangan selepas terbabas.
Baca Juga:
- Ejen Insurans Ugut Bunuh ‘Rider’ Penghantar Makanan Mahu Batal Polisi
- Upah Semakin Rendah, Rider Didakwa Enggan Buat Servis Penghantaran ‘Door To Door’
- ‘Order Lain, Dapat B*bi’ – Rider Salah Hantar, Anak-Anak Termakan Makanan Tidak Halal
Rider itu hilang kawalan selepas melalui kawasan jalan yang rosak teruk dan tidak rata.
Ketika penunggang sedang kelam-kabut membetulkan posisi motosikalnya, dia nyaris termasuk ke lorong bertentangan sedang sibuk dengan kenderaan yang melalui kawasan itu.
Bagaimanapun rider itu berjaya mengawal motosikalnya dan meneruskan perjalanan tinggalkan kawasan kejadian itu.
Situasi panik itu dirakam oleh dashcam sebuah kereta yang betul-betul berada di belakang motosikal tersebut.
Ramai netizen yang menonton video yang dikongsikan semula oleh akaun X.com @update11111 berasa panik dan cemas.
Nasib selamat lg rider tu, but still bahaya sgt, mau lajak ke lane sebelah, dilanggar pulak kereta lawan arus, ngeri
— Han’s Mandarin (@h4ns_hanis) June 14, 2024
🤬🤬🤬🤬🤬 memang sakit hati tengok jalan macam ini, tanpa tahu jalan mana, kita tak tahu tanggungjawab PBT atau JKR. Semoga yang up video selalu kongsikan lokasi, mana tahu ada nyawa2 yang boleh terselamat.
— Michael Loh (@MichaelLoh117) June 14, 2024
Pantau la skit pihak berwajib, jln kt malaysia sentiasa ada yg rosak, setiap negeri tubuhkan team pemantau jalanraya yg bermasalah mcm ni, jgn nak tunggu kemalangan baru nak bertindak!
— ZamZamAlaakazam (@anizamothman2) June 14, 2024
Dalam masa sama netizen berharap pihak berkuasa tempatan kawasan dapat segera membaiki jalan raya yang berlubang teruk itu sebelum mengundang bahaya kepada pengguna pada masa akan datang.