Seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila anak perempuannya ditendang oleh seorang pelanggan kerana tidak berpuas hati dengan harga umpan memancing dijual dengan harga RM8.
Menerusi hantaran dibuat oleh seorang lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan iaitu Anip Anip menerusi Kumpulan Facebook Geng Viral Melaka, beliau tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pelanggan tersebut terhadap anaknya.
Baca Juga:
- Tegur Rakan Sebar Video Lucah, Ketua Kelas ‘Lumpuh’ Kena Tendang Curi Di Kepala
- Tendang Motosikal Kapcai Hingga Jatuh, Tindakan ‘Rider Motor Besar’ Undang Kecaman Netizen
- Tendang Gelandangan Sampai Terduduk, Tindakan Lelaki Ini Undang Perhatian Netizen
“Kalau rasa tak beli umpan, tak payahlah tendang anak perempuan saya.
“Kalau rasa RM8 mahal, tak payah beli. Kalau berani, sila tampilkan diri,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau sedang menanti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada jiran berdekatan yang berkemungkinan merakam kejadian anaknya ditendang pelanggan tersebut.

Selepas itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu terbabit kerana telah mendatangkan kecederaan kepada anak perempuannya.
Rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelaku kerana sanggup mendatangkan kecederaan terhadap anak kecil yang tidak bersalah.


Malah, mereka juga berharap agar bapa kanak-kanak terbabit segera membawa kes ini ke muka pengadilan bagi mendakwa pelaku tersebut. Semoga suspek memberi kerjasama dalam menyelesaikan isu tersebut dengan baik.