Baru sahaja beberapa bulan ke sekolah dan orang ramai telah dikejutkan dengan berita murid berusia sembilan tahun yang didakwa dipukul guru sekolah di Kuala Kedah.
Isu yang kecoh di media sosial ini turut mendapat perhatian pihak polis setelah ibu kepada mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Daerah Kota Setar.
Menurut perkongsian mangsa, beliau dihukum dan dipukul sehingga cedera pada bahagian muka, lengan dan jari kiri dalam kejadian tersebut menggunakan pembaris gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah. Ibu mangsa pula dikatakan mulai melihat kesan pukul seusai mengambil anaknya pulang dari sekolah. Berikut merupakan komen netizen mengenai kes yang berlaku.


Kes yang berlaku ini kini dalam proses siasatan di mana kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Apa pendapat anda mengenai isu ini?
Ikuti penjelasan peguam ini mengenai layanan berbeza yang dikenakan buat individu yang melanggar SOP dengan klik pautan di bawah.
Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP