Sewaktu artikel ini ditulis, Anita Yusof telah pun memulakan fasa pertama pengembaraan beliau untuk menerokai 4 benua dengan cara menunggang motorsikal secara solo.
Sebagai media rasmi atas talian (official online media) bagi Global Dream Ride GRD) Anita Yusof, Vocket akan menulis dan berkongsi kisah pengembaraan dan perkembangan terkiniĀ wanita ini dari masa ke semasa dengan anda, pembaca Vocket.
Semoga apa yang kami paparkan ini akan dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mengejar dan mencapai impian hidup.
Pengembaraan Bermula
Flag off for Global Dream Ride. Entah mengapa jantung berdegup laju. A once in a life time journey is about to begin very soon. Macam-macam rasa ada dalam hati ini. Thanks Jojo Teoh Lee Ling and Wak for the pics and videos.
Terus ke Maskargo untuk urusan air freight GD to Seattle via Amsterdam with KLM Airlines. Terima kasih banyak-banyak Mohd Mohidin atas segala bantuan yg diberikan. Ko memang terbaikkkkkk
Flag off rasmi untuk Global Dream Ride (GDR) wanita ini telah bermula di Putrajaya pada 12 September 2015. Motorsikal beliau diterbangkan ke USA pada hari tersebut.
Dan keesokan harinya pada 13 September 2015, Anita terbang meninggalkan tanah air menuju ke Seattle, Washington, USA.
Oleh kerana penerbangan ini adalah penerbangan 2 transit iaitu di Ho Chi Minh, Vietnam dan 8 jam di Narita, Jepun, Anita mengambil kesempatan ini untuk meninjau di sekitar Narita.
Alhamdulillah arrived safely. Negara bukan Islam ni ada sediakan prayer room. Kat HCMC tadi memang tau tak ada. So I searched for a quiet spot to jamak maghrib & isyak. Two Vietnamese ladies who happened to pass by were laughing at me for 1 min.
Sabar, sabar. Mungkin first time dalam hidup dia tengok orang Islam solat. Mungkin dia tak pernah tengok dunia luar. Yang dia tau cuma dalam tempurung dia je.
Ada 8 hours lay over ni. Nak tidur kejap. Ada sesiapa nak bawak aku jalan-jalan lepas ni? Pergi Narita je dah la
Tiba Di Seattle, Washington, USA
Selepas melalui perjalanan selama 40 jam, Anita akhirnya tiba di Seattle pada 14 September 2015 dan telah disambut oleh kenalan beliau Rashmi Tambe.
Alhmdulillah, after leaving Malaysia about 40 hours ago, crossing many time zones with 2 transits and slight hiccup, I arrived Seattle safely and now settled at Rashmi Tambe’s cosy apartment.
Everything had been smooth ever since I landed in this country. The immigration gave me one year entry as she was very impressed with my plan.
Welcome card from Rashme Tambe. Thank you Rashme Tambe for hosting me.
Sedikit latar belakang Rashme Tambe untuk tatapan dan pengetahuan pembaca.
The customs didn’t bother to check my bag even I carried some rations along (budu, serunding & kicap aku lepas weiii! Yahooooo!), and its not difficult for me to take a public transport to reach Rashmi’s place.
A lil bit tired but still have energy and not jetlag so bad. Hopefully can clear my bike tomorrow. At the moment, posing in front of Rashmi’s BMW bike dulu ok.
Ketibaan Motorsikal GD
Motorsikal Anita selamat tiba pada 15 September 2015 dan sehingga kini nampaknya semua berjalan lancar dan mudah bagi wanita ini.
Baca: Pernah Sertai Kumpulan Rock, Kini Wanita Ini Jadi Pengembara Solo Tegar
Alhamdulillah... Finally, things seemed to be falling into place. Got GD out from Delta Cargo. The process was sooo smooth and easy. Had to pay USD50 for clearance.
In less than an hour, I had already hit the road. Had my first taste of US road just now while riding 24 kms back to Rashmi’s house and stopped by the road side to view the Space Needle.
Thank a lot Rashmi Tambe for making things easy for me.
Pengembaraan Bermula
I know it was yesterday but its 16 Sept at this part of the world at the moment. So Happy Malaysia Day everyone, all the way from the Bear Country.
Dan pada 16 September 2015, pengembaraan solo Anita bermula.
Sambal keli Damia makan dengan nasi panas & serunding, minum hot white coffee kat tepi sungai dalam city park Ashcroft. Ohhh the very the marbelles. 500km did today. GDR ride sat lagi yaa. Nak makan dulu. Laporrrrr.
Pedas giler sambal keli tu tapi sodapppp. Tak kuasa akak nak goreng dulu, aku dah laporrr. Makan macam tu je.
Anita juga sempat berkongsi pemandangan menarik yang telah beliau saksikan pada hari pertama pengembaraan beliau. Sebenarnya inilah kelebihan bermotorsikal, boleh berhenti di tepi jalan di mana-mana sahaja untuk nikmati pemandangan indah yang memukau mata. Enjoy the beautiful scenery Anita!
Ni view ride hari ni. Not the best pic though cos the best will be for my book.
Pada malam pertama pengembaraan ini, Anita tidur di dalam khemah saja. Cabaran juga baru bermula buat Anita nampaknya.
Setiap 15 minit keretapi lalu weiii. Macam mana aku nak tidur malam ni? Adehhh. Pilih port dah bagus tapi ada pencemaran bunyi la pulakkkk. Tensyennnnnn.!!! Korang jeles lagi ke? Cer habaq skit?
Tapi begitulah hidup, cabaran dan ganjaran silih berganti. Setelah tidak berpeluang tidur lena pada malam tadi, pada 17 September 2015 Anita dihidangkan pemandangan menarik ini – pelangi yang sempurna.
Another 500 kms done today under drizzling rain and froze to the bones but was blessed with this view upon reaching Prince George. Shukran ya rabb.
Pada 18 September 2015, Alhamdulillah Anita berpeluang tidur di rumah host couchsurfing beliau.
My host at Prince George, BC. He treated me to a Vietnamese dinner last night. Thanks Kelly for the warm hospitality.
Itulah status terkini Anita buat ketika ini. Nantikan kisah seterusnya daripada beliau yang akan dikongsikan lagi oleh Vocket nanti.
Buat pengetahuan, Anita Yusof memulakan pengembaraan solo mengelilingi dunia ini tanpa sebarang tajaan besar. Semuanya adalah melalui wang simpanan beliau sendiri.
Jika anda berminat untuk menyumbang sama ada dalam bentuk tajaan mahupun hanya sekadar dorongan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi beliau di Facebook Page Anita Yusof.
Nantikan perkongsian seterusnya daripada Vocket tentang pengembaraan solo wanita ini.
Baca biodata Anita Yusof: Rakyat Malaysia Ini Bakal Jadi Wanita Muslim Pertama Mengelilingi Dunia Dengan Motorsikal