Orang berlumba naik kuda sudah menjadi perkara biasa. Bagaimana pula jika orang lumba harimau? Sudah pasti tiada orang pernah membayangkannya.

Namun baru-baru ini seorang pemuda kreatif kongsikan satu set gambar memaparkan orang ramai menunggang harimau dalam acara ‘lumba harimau’ dengan penuh beraninya.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Perlumbaan itu dibuat dalam kawasan hutan, sambil dipenuhi para penonton yang berdiri di tepi dengan penuh khusyuk walaupun cuaca pada ketika itu hujan.

Gelagat 'Lumba Harimau' Curi Tumpuan
Sumber Gambar: Kai Caster via Facebook Prompters Malaya
Gelagat 'Lumba Harimau' Curi Tumpuan
Sumber Gambar: Kai Caster via Facebook Prompters Malaya

Peserta-peserta itu terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan budaya. Antara peserta yang nampak di gambar itu seperti Malaysia, Indonesia, Jepun, India, Brunei, China dan Nigeria.

Gambar ‘Lumba Harimau’ hasil janaan prompter A.I
Gelagat 'Lumba Harimau' Curi Tumpuan
Sumber Gambar: Kai Caster via Facebook Prompters Malaya

‘Tengok boleh, percaya jangan,’ itulah kata Kai Caster, pemilik gambar-gambar ‘lumba harimau’ yang tular di dalam Facebook Group Prompters Malaya.

Sebenarnya gambar tersebut merupakan hasil janaan prompter kecerdasan buatan (A.I).

Ternyata hasil kerja teliti yang dihasilkan beliau membuatkan ramai netizen ‘tertipu’ mengganggap gambar-gambar tersebut adalah real.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu mendapat lebih 1,700 tanda suka, lebih 500 komen dan lebih 700 kali perkongsian semula oleh netizen.

Sebelum tular gambar-gambar tersebut, hasil karya Kai Caster juga pernah tular sebelum ini adalah perlumbaan menunggang penyu dan menunggang buaya.

Melihat reaksi warganet, ramai yang memuji hasil kreativiti janaan gambar tersebut yang luar biasa.

Pada masa sama ramai juga netizen meluahkan rasa kerisauan bimbang teknologi A.I disalah gunakan. Sehingga ia boleh menjadi fitnah untuk mengganggu ketenteraman sejagat.