Orang Barat terutamanya gemar melancong ke pelbagai negara dengan gaya backpacking. Hal ini kerana ia lebih menjimatkan dan fleksibel untuk bergerak kerana hanya perlu membawa beg galas sahaja.
Namun, mereka sering dilihat cuba berjimat cermat sehingga menyusahkan orang lain. Tidak hanya mengemis wang di kaki jalan, ada yang mahu bergerak ke sesuatu lokasi dengan menumpang kereta warga tempatan secara percuma.
Baru-baru ini, sekawan backpacker dari luar negara berkongsi video di TikTok berkisar situasi di mana mahu menumpang kereta seseorang untuk ke Gerik yang pada ketika itu sejauh 55KM dari kawasan berkenaan.
Dengan berbekalkan kadbod kecil dengan tertera lokasi Gerik, mereka sangat gigih menantikan bantuan pemandu yang lalu di situ berhenti untuk memberi tumpang menuju ke lokasi seterusnya secara percuma.
Budaya hitch hike atau dalam bahasa mudah pelancong yang mahu menumpang seseorang untuk ke suatu lokasi memang biasa dipraktikkan di negara Barat namun di Asia kita diajar untuk lebih berhati-hati dan tidak meminta-minta.
@miquelrudy Full video on YouTube (ramosrudyy) Link on profile ❤️🙏🏻🇲🇾
Susulan penularan video itu, rata-rata netizen menyindir akan sikap mereka yang mahu mengambil kesempatan ke atas warga tempatan yang baik hati demi memenuhi matlamatnya secara percuma.


Ramai lalu menasihati individu berkenaan untuk merancang perjalanan sebaik mungkin termasuklah mengambil kira kos pengangkutan untuk ke lokasi yang ingin dituju dan bukan mengharapkan belas kasihan orang ramai.