Bila sebut usrah, kita selalu terbayang ia akan dilakukan di dalam kawasan masjid sahaja.

Namun realitinya usrah tidak terhad kepada perbincangan berkaitan agama di tempat ibadat semata-mata tetapi juga boleh dibuat perkara lain seperti ziarah, aktiviti luar dan sebagainya.

Tular sebuah video yang dimuat naik oleh Tasik Puteri Golf Club yang memperlihatkan sekumpulan lelaki yang dipercayai ahli kariah dari sekitar masjid Subang Jaya yang mengadakan pertandingan golf menerusinya.

Terpancar kegembiran pada raut wajah para peserta yang mengambil bahagian di dalam pertandingan sukan golf yang diadakan pada 29 Oktober lalu. Kelihatan sosok figura berpengaruh iaitu Tan Sri Dato’ Syed Zainal Abidin yang juga bekas pengarah eksekutif Perodua yang turur memberi ucapan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang barang kali.

Senario yang dipamerkan di dalam video itu ternyata menjadi perhatian ramai dek kerana tidak pernah melihatnya sepanjang hidup selama ini.

Ramai meluahkan rasa kagum melihat geng masjid pun mampu melakukan usrah dengan mengadakan pertandingan golf di tempat elit.

Sebahagian netizen mendedahkan bahawa ahli kariah masjid Subang Jaya juga sering menyumbang dengan jumlah yang besar untuk berbuka puasa sekaligus boleh menawarkan makanan yang mewah pada setiap hari.

Usrah
Sumber Gambar: x
Usrah
Sumber Gambar: x

Ada juga wanita yang berseloroh mahu mencari bapa mertua di kalangan geng masjid Subang Jaya kerana rata-ratanya berkerjaya hebat.