Genting Malaysia Bhd dilaporkan telah menutup dua daripada tiga kasino di Genting Highlands berkuat kuasa hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman web Resorts World Genting (RWG), Genting Casino 1 (Circus Palace) dan Genting Casino 2 (Hollywood) akan ditutup berkuat kuasa 28 Februari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia memaklumkan pelanggan untuk meneruskan ke SkyCasino yang lebih baharu dan moden. Bagaimanapun tiada sebab diberikan di atas penutupan kedua-dua kasino tersebut.

Untuk memudahkan peralihan yang lancar, resort itu telah menawarkan perkhidmatan ulang-alik ke SkyCasino, yang terletak di SkyAvenue, untuk memastikan tetamu boleh meneruskan aktiviti permainan mereka tanpa gangguan.

RWG merupakan destinasi resort bersepadu utama Malaysia dengan memiliki kira-kira 10,500 bilik di tujuh hotel. Genting Malaysia juga memiliki dan mengendalikan Resorts World Kijal di Terengganu dan Resorts World Langkawi di Pulau Langkawi.