Roti canai merupakan pilihan makanan ringan yang biasa dijamu pada sarapan pagi oleh rakyat Malaysia.
Siapa sangka kesedapan roti canai kini berjaya menembusi pasaran negara jiran sehinggakan menjadi menu terhangat di sana pada ketika ini?
Menerusi satu video yang tular di platform TikTok, sebuah gerai dipercayai terletak dikerumuni dengan segerombolan pelanggan yang mahu membeli juadah roti canai di kedai mereka.

Doh roti yang dikeluarkan dari bekas penyedai, lalu ditebar sedikit demi sedikit kemudian terus dimasak bersama secalit mentega.
Namun sedikit perbezaan yang dibawakan apabila roti canai itu dihidangkan bersama taburan gula dan bukannya kuah dal atau parpu dan juga kari seperti kebiasaan oleh orang kita.
Bagaimanapun, penduduk di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia sememangnya ada sahaja yang menikmati roti canai bersama padanan gula.
Boleh jadi gerai di Indonesia itu mengambil inspirasi dari gerai-gerai di belah Pantai Timur.
Menariknya, kedai roti canai dengan nama Roti Canai Baidu ini dibuat secara bergerak dengan motor yang telah diubah suai.
Biarpun perniagaan tersebut mula beroperasi seawal jam 8 sehingga 11 pagi, pelanggan secara berterusan mengerumuni gerai itu.
Setakat ini, bahan adunan hanya mampu dihasilkan sebanyak 25 kg kerana perlu dibuat secara manual dan mungkin akan dikembangkan lagi jika sudah berkemampuan memiliki mesin adunan selepas ini.
Apa yang membuatkan ramai terhibur, bila mana pelanggan turut dilihat dengan santai membalik balikkan roti canai di atas pemanggang kerana peniaga tidak menang tangan menerima pesanan yang besar dalam satu-satu masa. Mana tidaknya, rata-rata pelanggan bakal memesan paling kurang 3 keping roti canai sekaligus.
@minboss_kuliner GOCENG dapat Dua!! Roti Canai Badui, kalo kesini siap-siap antri kelen kalo gak sabar masak aja sendiri 🤣🤣 📍 Jl. Ringroad Medan (depan Raja Sambal Cobek) _______________________________ Pasukan Engkol! Gasskan teross! Follow juga: Tiktok, Youtube & Facebook: @minboss_kuliner untuk informasi rekomendasi kuliner, hiburan, liburan & jalan-jalan Indonesia 💛#kulinermedan #jajananmedan #kulinerlabuhanbatu #medanhits #infokuliner #medan #cafemedan #wisatamedan #reviewmedan #kulinerhalalmedan #influencermedan #minbosskuliner #kulinerrantauprapat #kulinertebingtinggi #kulinerlabusel #kulinerbinjai #kulinerkisaran #jajananviral #kulinerviral #liburan #foodvloggermedan #pecintakuliner #makanantradisional #idejualan #roticanai
Mereka sendiri secara suka rela membantu peniaga bagi mempercepatkan pesanan pelanggan lain.
Roti cana itu juga dijual semurah 5,000 rupiah bersamaan RM1.50 untun dua keping yang pasti menjadi snek ringan yang wajib didapatkan oleh warga setempat.
Ada pengguna TikTok di ruangan komentar mendedahkan dia masih gagal untuk membelinya meskipun kedai roti canai itu berada di hadapan kediamannya.
Agak-agak juadah Malaysia yang mana pula akan jadi tular di Indonesia selepas ini?