Seorang pemuda bawa Nissan GT-R R35 dikecam warganet selepas memandu secara gopoh hingga nyaris berlanggar dengan pengguna jalan raya lain.

Menerusi video yang tular, kereta buatan Jepun itu berada di tepi bahu kanan jalan.

Baca Juga:

Kemudian apabila perakam video menyebut ‘Go’, pemandu GT-R masuk ke lorong tengah tanpa melihat kenderaan di belakang.

@zam4132

♬ original sound – ♛

Ekoran tindakan melulu pemuda itu, sebuah Proton yang berada di lorong tengah membunyikan hon panjang.

Pemuda terbabit terus menekan minyak meninggalkan lokasi. Kejadian dipercayai berlaku di sekitar kawasan Bukit Bintang.

Walaupun tidak berlaku kemalangan, tindakan pemuda tersebut mencetuskan kemarahan netizen.

'Go' – Pemuda Gopoh Bawa GT-R, Nyaris Berlanggar Proton
Sumber Gambar: TikTok @zam4132

Walaupun video tersebut mendapat kecaman teruk, pemilik akaun TikTok tersebut tidak memadam video berkenaan.