Google telah melancarkan Google News dalam Bahasa Melayu untuk membawa lebih banyak berita tempatan kepada pembaca. Perluasan ini mengesahkan komitmen Google untuk menjadikan maklumat mudah diakses oleh orang ramai di seluruh dunia dalam bahasa yang mereka sukai.
Melalui laman web khusus dan aplikasi yang tersedia di Android dan iOS, Google News terus membantu pembaca mencari berita daripada sumber yang berwibawa, daripada laman web berita terbesar dunia sehingga ke penerbitan kecil, tempatan dan khusus.
Baca Juga:
- Google Mahu Sedekah RM500,000 Untuk Warga Asia, Ini Syaratnya
- Google Malaysia Beri Penghormatan Kepada Tokoh Terkemuka Animasi Negara, Kamn Ismail
Dengan mengenal pasti dan menyusun cerita dari pelbagai sumber berita – suatu langkah utama dalam memerangi berita palsu – Google mahu membantu para pembaca mendapatkan gambaran yang lebih besar tentang perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan lebih mudah.
Ini termasuk mencari lebih banyak cerita tempatan dari komuniti mereka, memahami topik berita yang melanda negara dan global pada hari tersebut.
#KualaLumpur Google News kini tersedia dalam bahasa Melayu untuk membawa lebih banyak berita tempatan kepada pembaca.https://t.co/3ejLER8gaO
— Harian Metro (@hmetromy) October 5, 2023
Google News akan membawa pembaca ke laman web penerbit apabila mereka klik pada pautan. Pada tahun 2022, Google menghantar lebih daripada 66 juta lawatan ke laman web penerbit Malaysia setiap bulan – tanpa sebarang caj.
Selain daripada itu, Google akan terus melabur dalam produk, program dan pembiayaan melalui Google News Initiative untuk menyokong kewartawanan berkualiti dan membantu pihak penerbit dan para wartawan Malaysia berkembang maju dalam talian.
Dengan ketersediaan Google News dalam Bahasa Melayu ini, Google berharap dapat membantu lebih ramai orang mencari berita yang mereka inginkan, daripada pelbagai penerbit berwibawa di Malaysia dan di luar negara.