Dunia teknologi dan startup Asia Tenggara kini heboh dengan khabar bahawa syarikat teknologi gergasi Grab sedang dalam proses untuk mengambil alih PT GoTo Gojek Tokopedia Tbk (GOTO), satu-satunya unicorn asli Indonesia.

Khabar ini bukan sekadar gosip biasa — sumber dari Reuters menyatakan bahawa proses perjanjian sudah hampir muktamad dan dijangka selesai pada suku kedua tahun 2025.

Menariknya, hanya unit perniagaan kewangan yang tidak akan dilepaskan kepada Grab dalam perjanjian ini.

Grab

“Agak sedih kalau GoTo diakuisisi Grab. Namanya saja ‘Karya Anak Bangsa’. Dari awal, ini jadi kebanggaan kita,” kata Piter Abdullah, Pengarah Eksekutif di Segara Research Institute kepada CNBC Indonesia.

Grab/goto: Apa Maksud Semua Ini?

Jika pengambilalihan ini menjadi kenyataan, maka dua gergasi terbesar dalam perkhidmatan ride-hailing, penghantaran makanan, dan e-dagang di rantau ini akan bersatu.

GoTo dan Grab bukan pesaing kecil — mereka adalah tulang belakang dalam dunia digital harian pengguna Asia Tenggara.

Dan itu menimbulkan kebimbangan besar.

Grab

Menurut Piter seperti dilaporkan CNBC, langkah ini bukan hanya soal korporat atau pelaburan, tapi ada unsur dominan pasaran yang boleh mencetuskan monopoli.

“Kalau konsolidasi ini terjadi, bentuknya adalah dominasi yang berisiko mengarah ke monopoli,” katanya.

“Baik pemandu dan pengguna boleh menjadi mangsa.”

Kenapa Orang Ramai Risau?

GoTo bukan sekadar syarikat, ia simbol harapan dan kejayaan anak bangsa.

Produk tempatan dari Indonesia yang dibina dari bawah — dan satu-satunya unicorn Indonesia yang belum ‘dibelikan’ oleh pihak luar.

Grab

Maka, apabila syarikat luar seperti Grab dari ingin mengambil alih, ia membawa kerisauan akan ‘hilangannya identiti’.

Selain itu, ada kesan kepada pasaran terbuka.

Kurangnya pesaing dalam sektor penting ini boleh menjadikan harga perkhidmatan naik, insentif pemandu menurun, dan pengguna hilang pilihan.