Pelaburan demi pelaburan terus diterima syarikat e-hailing terkemuka iaitu Grab. Pada kali ini, Grab telah berjaya menerima suntikan dana bernilai $200 juta (RM830 juta) daripada pemilik laman perkhidmatan tempahan booking.com iaitu Booking Holdings.

Pelaburan yang diterima Grab ini sekaligus telah menjadikan jumlah dana yang Grab sepanjang tahun ini kepada $2 bilion. Berdasarkan laporan, jumlah pelaburan tertinggi yang diterima Grab pada tahun ini merupakan daripada Toyota bernilai $1 bilion. Jumlah pelaburan yang diterima berjaya meletakkan Grab sebagai sebuah syarikat dengan $11 bilion setakat ini.

Sumber: Reuters

Mengulas mengenai pelaburan yang dibuat Booking, platform perkhidmatan tempahan hotel dan homestay ini bakal menawarkan pembayaran secara Grab Pay buat para pelanggan yang menempah. Selain itu, iklan Booking kemungkinan bakal dipaparkan pada kereta atau aplikasi Grab.

Penerimaan jumlah dana yang tinggi ini secara tidak langsung bakal membolehkan Grab meningkatkan jumlah pekerja serta fasiliti dalam memberikan yang terbaik buat para pengguna. Setakat ini, Grab sudahpun berjaya menguasai industri e-hailing di beberapa buah sekitar Asia Tenggara.

Sumber