Sebaik selesai graduasi di institusi pengajian tinggi, bermulalah jejak langkah ke alam pekerjaan pula bagi setiap individu.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pelajar lepasan degree dan diploma yang baru graduasi disoal berkenaan anggaran tawaran gaji yang diterima apabila mahu bekerja kelak.
“Berapa anggaran gaji yang anda rasa sesuai selepas konvokesyen ini?, soal individu kepada sejumlah graduan terpilih.
Di dalam video tersebut, rata-ratanya pelajar sedia menjangkakan tawaran gaji yang bakal diterima bermula sekitar RM2,500 sehingga RM4,000.
Bagaimanapun, terdapat respons sebahagian dari mereka yang menjadi perhatian netizen apabila mendakwa mereka layak menerima gaji permulaan setinggi RM5,000 sehingga RM6,000 dengan alasan kelayakan pelajaran yang tinggi serta skil dan pengalaman yang didapatkan sewaktu menuntut di universiti terbabit.
Susulan itu, rata-rata netizen yang memberi pesanan untuk mereka untuk berpijak di bumi yang nyata kerana terlalu banyak persaingan dan keadaan ekonomi yang kian mencabar.
@umpsamalaysia “Selepas konvokesyen, apakah jangkaan gaji graduan UMPSA? Mari kita bincangkan cabaran dan peluang yang ada! Bagaimana pendapat anda tentang nilai sebenar kelayakan kita di pasaran kerja? #GraduanUMPSA #GajiGraduan #Kerjaya #konvoUMPSA #KonvokesyenUMPSA
♬ Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp
Sebahagian netizen turut mendedahkan pada ketika ini ramai graduan lepasan ‘master’ sekalipun belum tentu boleh mendapatkan gaji sebanyak itu biarpun lebih mahir secara mendalam untuk sesuatu perkara.


Bahkan, ramai menjangkakan majoriti daripada mereka mungkin akan menerima sekitar RM2,500 sebagai gaji permulaan di sesebuah syarikat memandangkan tiada pengalaman yang relevan di dalam bidang pekerjaan.