GSC Cinemas baru sahaja mengumumkan penutupan operasi GSC Citta Mall sepenuhnya pada 30 Oktober ini.

Di dalam hantaran FB terkini, mereka sangat berterima kasih dengan kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh para pelanggan sepanjang mereka beroperasi di pusat membeli belah tersebut.

“Kami ingin memaklumkan bahawa GSC Citta Mall akan menghentikan operasi, dengan tayangan terakhir pada 30 Oktober 2024.

“Terima kash atas kepercayaan dan sokongan anda sepanjang kami beroperasi di sini,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, para pelanggan dimaklumkan masih boleh menikmati filem kegemaran anda di lokasi terdekat mereka iaitu GSC Paradigm Mall PJ.

Susulan hebahan berkenaan, ramai netizen dan juga selaku peminat setia meluahkan rasa sedih dengan penutupan pawagam GSC selepas sekian lama bertapak di situ.

Ramai juga berkongsi kisah suka duka sepanjang ketika berada di pawagam yang cukup ikonik untuk penduduk setempat di sana.