Apabila membeli kasut baharu, dalam fikiran kita kasut berkenaan mestilah dalam keadaan baharu dan cantik untuk terus dipakai. Namun Gucci kali ini mahu tampil lain daripada yang lain apabila akan mula menjual kasut yang nampak seperti sudah ‘dipakai’.

Rekaan distressed biasa dilihat dibuat pada pakaian tetapi jarang sekali pada kasut. Untuk koleksi Cruise 2019, Gucci bakal menampilkan rekaan distressed pada sneakers yang rupanya seperti kasut yang biasa anda jumpa di kedai bundle.

3 pilihan warna boleh dipilih dan akan dijual pada harga USD870 (~RM3,600). Model Gucci’Distressed’ GG ini sudah boleh dibeli menerusi laman rasmi Gucci. Jika anda berminat dengan rekaan kasut ‘terpakai’, kasut ini mungkin untuk anda. Jika hendak jimat, cari sahaja di kedai bundle berdekatan.

gucci 2

gucci 3

gucci 4

GUcci 5

GUcci 6