Seorang guru mencetus kontroversi dimana beliau mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati ahli keluarga mangsa nahas bas yang merupakan pelajar UPSI.

Tular di media sosial yang menunjukkan guru tersebut menulis status di Facebook miliknya dengan mengatakan kematian 15 pelajar itu sebagai dalam keadaan hina.

Baca Juga:

Anggap Kematian 15 Pelajar UPSI Sebagai Hina

UPSI
Guru

Netizen nyata tidak berpuas hati dengan status yang dimuat naik dan menggesa agar Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan terhadap guru tersebut.

Tinjauan di laman Facebook mendapati guru tersebut mendakwa menghidap penyakit Skizofrenia, yang sinonim dengan pemikiran yang tidak teratur, dan mengalami delusi atau halusinasi pendengaran.

UPSI

Selepas status kontroversi itu tular, Khalid kemudiannya memuat naik satu lagi status yang mana beliau memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Setakat ini, polis sudah merekodkan kenyataan 18 individu bagi membantu siasatan nahas bas yang melibatkan 15 pelajar UPSI.

Selain itu, video kamera papan pemuka atau dashcam yang tular juga sedang dianalisis untuk mengesahkan kesahihan dan kaitan dengan kes kemalangan jam 1.15 pagi itu.

UPSI
Sumber Gambar: Sinar Harian

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin, berkata kenyataan telah diambil daripada 13 pelajar UPSI yang terselamat dan telah dibenarkan keluar hospital, selain pemandu Perodua Alza yang terbabit dalam kemalangan itu.