Bagi meraikan kejayaan menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), jenama minuman teh premium CHAGEE Malaysia telah tampil dengan kempen beli dan menang yang berlansung pada 7 Oktober 2023.

Kempen ‘Big Big News, Big Big Tear & Win!’ itu menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti barangan jenama Dior, Gucci, YSL dan banyak lagi membuatkan ramai pelanggan berpusu-pusu ke cawangan CHAGEE terdekat untuk mencuba nasib mendapatkan barangan terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@sunflowersuri_

STILL CANT BELIEVE IT 🫣 I was just aiming for the YSL lipstick or 1 year of Chagee supply 🤣 Thank you so much @CHAGEE MY I Dior you ✨ #chagee #chageeminiprogram #fyp #fypageシ

♬ Gwenchana – Skinny Fun

@xiaorou71

Shout out to all chagee staff in damansara uptown and also to all the riders!! Not organized but you guys did a goodjob! The prize is at the end, goodluck scrolling the vids guys!😆 #CHAGEETearAndWin #CHAGEE

♬ original sound – Xiaorou – Xiaorou

@nrlizyxni

can’t believe we’re this lucky 🥹🫶🏻 this event has ended btw :’) it’s a one-day event which was held on 7/10 🙏🏻 #CHAGEE #CHAGEETearAndWin #tiktok #fyp #surprise

♬ we fell in love in october – girl in red

Menjengah ke media sosial, kehangatan kempen itu dapat dilihat apabila ramai orang berkongsi hadiah yang diterima merek dan ada juga yang berkongsi kekecewaan tidak dapat hadiah.

Disebalik kejayaan kempen terbabit, ada insan-insan yang tersakiti terutama sekali rider kerana terpaksa menunggu lama mendapatkan pesanan sehingga mencetuskan kekecohan di beberapa cawangan CHAGEE.

@zariffhaiqal

#chagee #problem 🫠

♬ Gwenchana – Skinny Fun

Mana tidaknya, ada rider terpaksa tunggu selama 3 jam hanya untuk pesanan terbabit dan pastinya hal itu menganggu pungutan pesanan yang boleh mereka lakukan untuk hari tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga pelanggan yang berasa kecewa terpaksa tunggu lama untuk pesanan mereka tetapi tidak mendapatkan minuman dan menjengah ke ruangan komen media sosial CHAGEE, para pelanggan mengatakan kesilapan terbesar CHAGEE pada hari itu adalah kerana tidak hadkan pembelian untuk ‘walk-in’ sahaja.

Untuk makluman, CHAGEE adalah ‘trendsetter’ dan telah menjadi salah satu rangkaian teh awal yang memimpin kemunculan generasi baru minuman teh pada tahun 2017. Kehadiran CHAGEE secara meluas wujud dengan kehadiran kukuh di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, dan negara-negara lain.

Dengan lebih daripada 2,400 outlet di seluruh dunia, CHAGEE terus menyatukan peminat teh di seluruh dunia di mana mereka berkongsi hasrat untuk memberikan pengalaman teh yang luar biasa.