Borneo Samariang Waterpark adalah taman tema air terbaik satu ketika dahulu yang pernah menjadi salah satu tarikan utama buat orang ramai dan juga pelancong luar yang berkunjung ke Kuching, Sarawak.
Untuk makluman, taman tema air ini dibuka kepada orang awam pada 31 Mac 2018 dan ditutup sementara pada 17 Mac 2020 susulan pandemik tetapi masih ditutup sehingga sekarang.
Baca Juga:
- Percutian Singkat Ke Sarawak, Ini 6 Tempat Wajib Singgah Di Kuching Pada Hujung Minggu
- Batu Ikonik Sea Stack Taman Negara Bako Runtuh, Netizen Sedih ‘Permata’ Sarawak Sudah Tiada
- Dari Miri Ke Brunei Naik Kereta, Ini 5 Destinasi Yang Anda Boleh Terjah Untuk ‘Day Trip’
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @hamqaaa telah berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan taman tema tersebut dengan menggunakan drone.
@hamqaaa Replying to @urfvnzzz Drone View of Borneo Samariang Waterpark #dronevideo #djimini3 #dronesarawak #djimalaysia #cinematic #kuching #borneosamariangwaterpark
Menerusi video tersebut, dapat dilihat slides berlumut dan keadaan taman tema air tersebut sudah terbengkalai serta dipenuhi semak samun.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih melihat keadaan taman tema air terbabit yang pernah menjadi destinasi mereka berhibur.
Bukan itu sahaja, para netizen yang pernah berkunjung ke Borneo Samariang Waterpark ini turut berkongsi moment mereka ketika mengunjungi taman tema air terbabit dan ada juga yang berharap ia akan dibuka semula.