Sehari selepas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan memaklumkan kesemua aktiviti rekreasi dan sukan di kawasan PKP sedia digantung sementara bermula 7 Mei 2021.
Pengumuman yang dibuat secara last minute membuatkan kesemua premis melibatkan sukan terpaksa akur dengan keputusan serta memaklumkan kepada para pelanggan untuk tidak menghadiri semasa tempoh PKP berlangsung.

Apa yang membuatkan orang ramai kurang senang dengan pengumuman yang dibuat adalah pemilihan kerajaan untuk menutup sektor yang mempunyai jumlah peratusan yang sangat rendah dalam kebolehjangkitan wabak COVID-19.
Menerusi statistik yang dikongsikan, sektor kilang antara yang menjadi faktor utama penularan COVID-19 di Malaysia sekaligus membuatkan para netizen mempersoal pemilihan untuk menghalang orang ramai bersukan berbanding penutupan kilang.
Lebih ironi, pengumuman yang dibuat KBS nampaknya bercanggah dengan SOP yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor di mana aktiviti sukan yang tidak melibatkan kontak fizikal dibenarkan.
Pemilihan untuk menggantung aktiviti sukan di kawasan PKP juga dilihat sebagai mengekang sumber pendapatan aktiviti yang berada dalam sektor berkenaan. Berikut merupakan komen netizen mengenai isu ini.
Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan tampil mempertahankan larangan sementara sektor aktiviti sukan. Menurutnya, pihak MKN sudah membuat penilaian menyeluruh sebelum mengenakan larangan.
“Sebagai peminat sukan tentu saja kita sedih dengan sekatan ini, tetapi saya cukup yakin Kementerian Kesihatan dan MKN telah menggunakan semua kaedah dan data saintifik yang diperlukan sebelum mengambil keputusan ini. Semoga keadaan menjadi lebih baik,” katanya ketika mengulas kritikan itu.
Are you saying @KKMPutrajaya method is unscientific? Of course KBS doesn’t want this to happen but we have to abide by the decision after taking into account all possible scenarios at play.
— Wan Ahmad Fayhsal (@wanfayhsal) May 6, 2021
Beliau juga dilihat turut mempersoal kenyataan netizen yang tidak mahu larangan terhadap sektor sukan dengan mendakwa para netizen tidak percaya dengan data yang dikeluarkan KKM.
Ditanya soal aktiviti melibatkan outdoor yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang rendah, Wan Ahmad Fayhsal memaklumkan pihak mereka akan berbincang semula dengan pihak MKN.
KBS must fight for what is right, sir. Gyms, training centres and outdoor activities for many are essential economic activities. https://t.co/OAEt3Dte9L
— makoto shinkai (@ainulaizat) May 7, 2021
Sebelum ini, profesor penyakit berjangkit dan anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Adeeba Kamarulzaman memaklumkan kegiatan senaman di luar adalah selamat ketika wabak di mana risiko dijangkiti COVID-19 di kawasan luar iaitu outdoor adalah 18 kali lebih rendah daripada di tempat tertutup.
Tular pada minggu ini apabila tular sebuah video melihatkan pelawak Lan Pet Pet sekali lagi terlibat dengan pergaduhan apabila merangkul leher dan memukul mangsa.
Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan
Mahu Utamakan Golongan ‘Kayangan’, Wanita Ini Maut Selepas Tangki Oksigen Dirampas Polis