Rekod dipecahkan lagi oleh Hantu Kak Limah (HKL) apabila filem ini berjaya membuat kutipan sebanyak RM20.5 juta untuk tayangan selama hanya 11 hari!

Ini menjadikan filem HKL sebagai filem tempatan dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara mengalahkan Abang Long Fadil 2 yang mengutip RM18.15 juta tahun lalu.

Filem Hantu Kak Limah adalah bukti karya tempatan sekiranya digarap dengan baik dan kena dengan selera penonton, penonton pastinya akan ke panggung untuk memberi sokongan.