Seperti ramai sedia maklum, Airbnb sememangnya sebuah platform yang membolehkan pemilik menyewakan kediaman buat orang ramai yang berminat untuk menginap di kediaman berkenaan. Menawarkan aplikasi serta laman web yang mudah dan lengkap membuatkan aplikasi ini menjadi pilihan ramai seluruh dunia.

Dalam pada itu, seorang pemilik rumah di Singapura nampaknya telah dikenakan tindakan serius selepas dilaporkan menyewa kediamaan selama tiga bulan secara tidak sah menerusi platform Airbnb.

Difahamkan kesalahan yang mungkin tidak menjadi isu di negara lain ini dipandang serius oleh Singapura di mana negara tersebut tidak membenarkan sebarang penyewaan kediamaan jangka masa pendek iaitu tiga bulan atau kurang pada kawasan rumah apartment.

Lokasi rumah yang disewakan. Sumber: CNA

Pemilik rumah dikenali sebagai Simon Chan berusia 57 tahun ini dilaporkan telah menyewa sehingga 14 rumah dalam jangka masa pendek buat penduduk tempatan dan juga luar menginap.

Menerusi kesalahan yang dilakukan, pemilik ini telah dikenakan denda sebanyak $845,000 (~RM3.69 juta) berikutan menawarkan penginapan jangka masa pendek yang tidak sah malah teman wanitanya yang membantunya turut dikenakan denda sebanyak S$84,000 (~RM268,502).

Denda yang dikenakan kepada pemilik rumah berkenaan dilaporkan sebagai denda tertinggi pernah dikenakan buat pemilik yang menyewa rumah dalam jangka pendek. Malah, pesalah bakal dimasukkan ke penjara sekiranya gagal melangsaikan denda.

Langkah yang dilakukan Singapura ini bertujuan dalam memastikan bekalan rumah sewa mencukupi buat rakyatnya sekaligus mengelakkan individu dari negara luar menetap secara tidak sah dalam tempoh yang panjang di negara berkenaan.

Tular pada minggu ini apabila para pengguna meluahkan sebab mereka ‘malas’ naik KTM sekaligus tidak bersetuju kenyataan CEO KTMB.

Tidak Setuju Dengan Kenyataan CEO, Pengguna Kongsi Sebab Mengapa Mereka ‘Malas’ Naik KTM

Rakyat Malaysia Persoal Kos Selenggara Istana Negara RM519 Juta

 

Sumber