Pasti terasa ‘kosong’ jika kita makan nasi tanpa lauk tetapi tidak bagi warga asing ini. Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok oleh PokCek906, seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh sedang menikmati hidangan berlaukkan hanya cili, bawang dan garam sahaja.

Selain itu, air kosong pula dijadikan ‘kuah’ untuk hidangannya itu. Beliau mengiyakan sahaja apabila ditanya adakah duit gajinya disimpan untuk hantar pulang ke kampung.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@pokchek906/video/7171288416720653594

Dia juga menjawab sudah mempunyai wang simpanan RM800,000, rumah dan tanah di kampung. Semuanya hasil selepas bekerja belasan tahun di Malaysia.

Rata-rata yang melihat video berkenaan pada mulanya berasa sedih melihat warga asing itu makan nasi dengan lauk yang serba kekurangan tetapi bertukar fikiran selepas mendengar pengakuan lelaki itu.

https://www.tiktok.com/@pokchek906/video/7171732833684245787

Dalam video yang lain, beliau berkata menerima gaji RM5,500 sebulan dan menghantar RM5,200 pulang ke kampung halaman. “Sini pakai wang apa guna? Hantar kampung bagi sama orang tua. Sana ada orang tua, biarlah pakailah wang,” katanya.

Bagi mereka yang pernah bekerja dengan warga asing, ramai yang percaya dengan kata-kata lelaki ini kerana majoriti daripada mereka memang bijak dalam menyimpan wang.

Tidak mustahil untuk warga asing terutamanya mereka yang bekerja sebagai buruh untuk menerima gaji seperti ini. Mereka juga dapat berjimat kerana tidak perlu fikir tentang sewa rumah, bayar cukai dan lain-lain kerana ada antara perbelanjaan ini telah ditanggung oleh pihak majikan.

Bagi anda yang sudah bekerja, berapa pula jumlah yang anda mampu menyimpan setiap bulan? Dengan kos kehidupan yang semakin tinggi saban hari, agak sukar untuk menyimpan dalam jumlah yang banyak seperti lelaki warga asing ini.