Jika sebelum ini kita sering dengar syarikat ingin cari pekerja khas untuk tidur tetapi tawaran berada di luar negara, kali ini syarikat dari Malaysia ingin tawarkan anda peluang yang sama.
Menerusi kempen ‘Get Paid to Sleep’ oleh syarikat tilam atas talian Sonno, seorang ‘Eksekutif Tidur’ sedang dicari untuk tidur di atas tilam mereka 8 jam sehari selama 100 malam.
Pemohon yang berjaya menyelesaikan misi akan diberikan gaji sebanyak RM3,000 serta menerima sebuah tilam Sonno Lite dan bantal Sonno terbaharu akan menjadi milik penuh mereka setelah tamat. Ini merupakan peluang keemasan buat anda yang teringin jadikan tidur sebagai kerjaya.
Buat anda yang berminat untuk memohon sebagai ‘Eksekutif Tidur’ ini boleh memohon di sini mulai 1 Julai 2020 sehingga 31 Julai 2020 ini. Anda hanya perlu isi butiran anda dan beritahu kenapa anda merupakan jurutidur profesional terbaik di Malaysia!
Jika anda berjaya, anda akan dihubungi sebelum 20 Ogos 2020 dan akan memulakan pekerjaan ini pada 1 September 2020 hingga 10 Disember 2020. Anda yang terpilih perlu memuatnaik video berdurasi 30-saat ke laman sosial anda sebanyak dua kali seminggu sepanjang tempoh tersebut.
Malah, anda juga perlu hasilkan sebuah laporan menceritakan pengalaman dan maklum balas mereka sepanjang mereka tidur di atas tilam Sonno Lite. Selamat mencuba!
Sementara itu, anda yang tercari-cari pekerjaan, kami kongsikan beberapa kerja kosong yang mungkin anda boleh cuba. Klik sahaja pautan di bawah ini.
Mr. DIY Tawar 1,000 Kerja Kosong Dengan Gaji RM1,200 Sebulan
‘Pandai Menari Sambil Membuka Durian?’- Kerja Kosong Ini Mungkin Sesuai Buat Anda
AEON Malaysia Tawar Kerja Sebagai ‘Rider’ Dan Beri Motosikal Secara Percuma