Khairy Jamaluddin, Khairy Jamaluddin ketika sidang media sebentar tadi menegaskan pusat hiburan atau kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi walaupun negara akan memulakan fasa peralihan ke endemik pada 1 April ini.
Beliau berkata premis hiburan sangat berisiko tinggi untuk berlakunya penularan COVID-19.
“Hanya satu jenis premis sahaja yang akan berada dalam senarai negatif yang tidak boleh dibuka iaitu kelab malam. Ini kerana keadaan premis berkenaan yang berisiko tinggi walaupun dalam fasa peralihan ke endemik,” katanya dalam sidang media hari ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi kerana berisiko tinggi meskipun negara beralih ke fasa endemik bermula 1 April depan. #AWANInews pic.twitter.com/WAsl1yVdw2
— Astro AWANI (@501Awani) March 9, 2022
Sejak penularan COVID-19 dalam negara, kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti di pusat hiburan sehingga kini dan pengusaha kelab malam yang membuka pusat hiburan secara haram akan dikenakan kompaun.
Khairy turut menjelaskan prosedur yang perlu diikuti oleh pelancong yang bakal mengembara ke Malaysia pada 1 April depan. Tiada lagi kuarantin wajib dikenakan terhadap pengembara tetapi mereka perlu membuat pengujian COVID-19 sebelum berlepas.
Berkuatkuasa 1 April 2022, berikut adalah prosedur pengujian dan kuarantin kepada pengembara yang tiba di Malaysia. Perincian prosedur melalui pengembaraan jalan darat akan diumumkan dalam masa terdekat. pic.twitter.com/sTnIXIhjng
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 9, 2022
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini.
Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.
Operasi premis perniagaan juga akan kembali seperti sedia kala di mana perniagaan 24 jam contohnya restoran boleh menerima pelanggan selepas jam 12 malam pada 1 April depan.
Rakyat Indonesia antara yang tidak sabar lagi untuk melancong ke Malaysia apabila pintu sempadan negara dibuka 1 April. Baca lagi pada pautan di bawah.
Mahkamah Denda Addy Kana RM10,000 Atas Kesalahan Tidak Melapor Permintaan Rasuah
Polis Jelaskan Tindakan Tahan Ambulans Adalah Untuk Elak Pertembungan Dengan Konvoi