Kementerian Sumber Manusia menggesa semua pemilik restoran untuk hanya mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di premis berkuatkuasa 1 Julai ini.

Namun pihak Kementerian Sumber Manusia memberi peluang kepada pengusaha restoran untuk mengambil pekerja baharu sebelum undang-undang ini dikuatkuasakan sepenuhnya 1 Januari 2019. Tambah M Kulasegaran lagi undang-undang ini diambil untuk memastikan kualiti dan keaslian hidangan yang dijual kekal serta kualiti masakan juga dapat dijaga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Akan tetapi terdapat beberapa pihak yang tampil menyuarakan pendapat bahawa perkara ini agak mengejutkan. Berikutan dengan pengumuman ini Presiden PRISMA, P Muthusamy berkata pihaknya sejak kebelakangan ini menghadapi kesukaran untuk mencari pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Menurut beliau kesukaran ini dihadapi walaupun sudah ditawarkan gaji yang agak lumayan sehingga RM2,500 untuk jawatan tersebut.