Salah satu komponen yang perlu digantikan pada iPhone setelah lama digunakan adalah bateri. Majoriti pengguna selalunya mengalami masalah bateri selepas tamat waranti mereka.
Seperti kita sedia maklum, harga penggantian sesuatu komponen pada iPhone agaklah mahal. Berdasarkan laporan terkini, Apple secara rasmi telah menaikkan harga penggantian bateri untuk semua siri iPhone.
Baca Juga:
- Pengguna Tunjuk Bateri iPhone 14 Pro Max Kembung Walaupun Baru Pakai Sebulan
- Baru Sahaja Digunakan, Pengguna iPhone 14 Pro Max Lapor Alami Masalah Skrin Dengan Garisan Berkelip
- Baru Sahaja 2 Bulan Digunakan, Pengguna iPhone 14 Pro Max Alami Masalah ‘White Dot’ Pada Skrin

Menerusi laman rasmi sokongan Apple, Apple menyatakan bahawa harga perkhidmatan penggantian bateri yang sudah tamat tempoh jaminan akan tamat pada akhir Februari 2023. Mulai 1 Mac ini, harga ini akan naik sebanyak $20 (~RM88) untuk semua model iPhone sebelum iPhone 14.
Meskipun, di Malaysia tidak mempunyai sokongan secara rasmi daripada Apple sendiri kerana kini dikendalikan oleh pengedar rasmi Apple seperti Switch dan Machines. Terdapat kemungkinan harga penggantian bateri akan naik juga memandangkan ia berlaku di banyak tempat termasuk Asia Tenggara.
Memandangkan Apple Store terdapat di Singapura dan Thailand, semakan awal mendapati harga penggantian bateri telah naik sebanyak sekitar RM90 hingga RM100 bagi kedua-dua negara itu. Jadi, anda bersiap sedia dengan kenaikan harga yang bakal dikenakan selepas 1 Mac kelak.