Menjadi praktis bagi sesetengah penjual untuk mengecas lebih mahal kepada pelancong untuk raih keuntungan. Malah, ada yang bekerjasama dengan pemandu pelancong untuk mendapat pelanggan dari kalangan pelancong yang sedang menjelajah.

Baru-baru ini, sebuah hantaran yang dimuat naik oleh sebuah kedai jual durian tempatan meraih perhatian ramai selepas mendedahkan ketegasan mereka untuk menawarkan harga yang sama kepada pelancong.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, dipercayai seorang pemandu telah mengadu yang penjual durian ini kedekut kerana tidak memberikan komisen 20% selepas membawa pelancong datang makan di kedainya dan tidak mahu datang lagi ke situ.

Penjual durian ini langsung memberi respons bahawa kedai Durian HengĀ  mengamalkan harga sama rata bagi semua orang tidak kisahlah buat warga tempatan mahupun pelancong.

Menjawab berkaitan komisen 20%, pemilik Durian Heng, dia tidak boleh berbuat sedemikian kerana mereka tidak meraih margin yang tinggi dengan penjualannya.

Tour Guide Minta Komisen 20%, Respon 'Pedas' Kedai Durian Ini Raih Pujian Netizen
Sumber Gambar: FB

Dia juga berseloroh mengatakan perbuatan menaikkan harga sesuka hati adalah satu dosa besar.

Perkongsian kedai durian itu langsung meraih perhatian dan rata-rata netizen memuji akan sikap jujur penjual itu yang memberikan harga yang sama rata tanpa mengira latar belakang.

Tour Guide Minta Komisen 20%, Respon 'Pedas' Kedai Durian Ini Raih Pujian Netizen
Sumber Gambar: FB
Tour Guide Minta Komisen 20%, Respon 'Pedas' Kedai Durian Ini Raih Pujian Netizen
Sumber Gambar: FB

Dalam pada itu, sebahagian netizen turut membidas tindakan pemandu pelancong yang mahukan wang sagu hati daripada penjual durian itu padahal dia yang memilih untuk datang ke kedai itu.

Susulan mempamerkan integriti dalam jualan, orang ramai menunjukkan minat mahu datang ke kedainya untuk mencuba durian dan memberi sokongan moral kepada kedai tersebut.