Susu formula, lampin pakai buang, stroller dan banyak lagi barangan keperluan bayi bukanlah murah ketika ini dan pasti ramai dalam kalangan ibu bapa bersetuju barangan bayi itu mahal.
Malah, jika barangan berjenama pasti lebih mahal. Terbaharu, jurusolek popular, MUA Bellaz telah berkongsi sebuah video di TikTok miliknya membawa anaknya keluar dengan menggunakan stroller.
Baca Juga:
- Terpaksa ‘Check-Out’ Tengah Malam, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Buruk Menginap Hotel Di Cameron Highlands
- ‘Umpan’ Promosi Barangan Berjenama Dengan Harga Murah, Ini Taktik Penipuan Yang Sedang Tular Di Facebook
@muabellaz 🖤
Akan tetapi, stroller yang digunakan Bellaz untuk anaknya itu jadi bualan kerana ia merupakan antara jenama mewah dan ada netizen mengatakan harganya bernilai RM25,000.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana melihat Bellaz menggunakan stroller yang harganya didakwa mencecah puluhan ribu ringgit.
Malah, menjengah ke ruangan komen juga, rata-rata netizen turut berdoa agar suatu hari mereka berpeluang untuk memiliki stroller jenama mewah seperti itu.