Khairy Jamaluddin memulakan tugasnya sebagai penyampai radio Hot FM secara rasmi bermula hari ini selepas mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM menerusi temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal pada 9 Februari lalu.
Suasana ceria dan berbeza dirasai di konti radio Hot FM hari ini dan beberapa klip sedutan ketika sesi KJ on air telah dikongsikan oleh Hot FM.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Penat ‘Mengemis’ Hutang? Ini Cara Mudah Mengutipnya Dengan Aplikasi MAE
Chemistry antara Johan dan AG bersama KJ dapat didengar ketika mereka on air tadi. Bukan itu sahaja, KJ juga dilihat spontan dan tidak kekok menjalankan tugas pada hari pertama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan cara KJ menjadi penyampai radio. Malah, ada juga yang mengatakan mereka berasa senang mendengar suara KJ di corong radio dan merasakan KJ pandai membuat lawak spontan.
Bukan itu sahaja, disebabkan KJ, jumlah pendengar di YouTube dan laman Hot FM hari ini meningkat drastik.
Untuk anda terus jadikan Hot FM radio pilihan anda, boleh muat turun aplikasi Audio+ di Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk peranti Apple.