Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Harris Harun dilantik sebagai naib presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) yang baharu.
Beliau menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan baharu FAS yang diketuai pemilik Lion City Sailors (LCS), Forrest Li untuk penggal 2025 hingga 2029.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Sanggup ‘Fly’ Dari Singapura Ke KL Hanya Untuk Nasi Lemak
- ‘Roti John Original Makan Dengan Sambal, Bukan Sos Melimpah Macam Malaysia’ – Netizen Singapura
- ‘Rakyat Malaysia Miliki Lombong Emas Di Dalam KWSP’ – Pakar Kewangan Singapura
Selain Hariss, pengerusi Hougang United dan Tiong Bahru FC, Bill Ng; Pengurus Besar LCS, Tan Li Yu dan Ketua Staf Burnley, Sean Bai turut menggalas peranan sebagai Naib Presiden FAS.
Tanggungjawab Besar Menanti Harris Harun

“Saya faham bahawa peranan bersama FAS datang dengan lebih banyak tanggungjawab, dan akan ada banyak tanggungjawab di bahu saya juga sebagai kapten pasukan kebangsaan dan pemain yang aktif.
“Tetapi saya perlu belajar untuk menyesuaikan diri dan memainkan setiap peranan dengan sebaik mungkin apabila tiba masanya,” kata Harris Harun.
Salah seorang pemain bola sepak Singapura yang paling berjaya, Hariss telah memenangi Kejohanan Asean bersama Singapura, Piala AFC, Liga Super Malaysia (MSL) dan Piala Malaysia bersama Johor Darul Takzim, MSL dengan LionsXII, dan Liga Perdana Singapura (SPL) dan Piala Singapura bersama Sailors, yang juga berada di final Liga Juara-Juara AFC Dua.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan bekas kapten JDT itu sebagai individu yang tepat untuk jawatan tersebut.
“Keputusan yang terbaik dan (beliau) berhak mendapatnya. Seorang pemain yang profesional dan manusia yang hebat,” ciapnya di paltform X.
Dua lagi legenda bola sepak Singapura turut menyertai barisan kepimpinan baharu FAS iaitu Aleksandar Duric dan Aide Iskandar Sahak.
Kedua-duanya masing-masing memenangi dua kerusi Ahli Majlis FAS daripada enam kerusi yang dipertandingkan.