Banjir di Malaysia kini sudah masuk ke episod baharu. Ada kawasan di mana airnya sudah surut, manakala sebahagian lagi masih berada di tahap sama dan sedang dipantau rapi oleh pihak berkuasa.
Kebanyakan mangsa sudah dipindahkan ke penempatan sementara. Kawasan dewan yang boleh memuatkan beratus orang. Para sukarelawan dan agensi kerajaan pula sedang giat membantu bagi memastikan semua yang terjejas dapat diselamatkan.

Namun dalam kekecoham situasi banjir yang melanda megara. Tular di sosial media beberapa hantaran yang menunjukkan bahawa terdapat kerakusan yang dibuat oleh tangan-tangan manusia.
Netizen berkongsi gambar kayu balak yang menimpa kawasan yang dilanda banjir. Sebahagian kawasan dapat dilihat bahawa timbunan kayu balak menjadi tinggi seolah membentuk bukit kecil. Manakala yang lain pula, timbunan kayu balak melepasi ketinggian bumbung rumah.
Sebahagian netizen berkongsi gambar salah satu kawasan di Negeri Sembilan yang dilanda banjir dan diserang dengan timbunan kayu balak. Terdapat juga gambar yang dikongsi dipercayai berada di kawasan Karak.
The damage in Karak is insane. Looking at all these houses, my heart just… I don’t know what to feel. I hope the families are safe and sound. Such major damage. What is the government even doing about this.. pic.twitter.com/rB3FFhObtS
— 🌙 (@OfficialJoannaJ) December 23, 2021
This one from negeri sembilan.. 😥 pic.twitter.com/sq1RyL62oo
— Kin 🌷 (@ikinjaldin) December 23, 2021
Here is from jalan Karak – Kuala Pilah . pic.twitter.com/nRKd3G41sv
— Aisy Aziz (@AzizAisy1) December 23, 2021
Manakala seorang pengguna instagram dan juga jurugambar MalaysiaKini turut berkongsi gambar di laman Instagram miliknya, di mana kelihatan timbunan kayu balak yang dipercayai ‘melanda’ Karak.
Kebanyakan netizen menitipkan rasa sayu dengan kejadian yang menimpa mangsa-mangsa banjir. Sebahagian pula kecewa melihat situasi di mana kayu balak berkumpul sehingga merosakkan rumah.
Seorang pengguna Twitter menyatakan apa yang terjadi kini adalah hasil daripada kerakusan tangan manusia. Netizen yang lain pula menyatakan rasa tidak puas hati pada mereka yang tamak sehingga menyebabkan kejadian bencana alam yang serius.
Penuh kayu balak.. ni semua pasai pembalakan kat bukit2 semua kasi tarah… haihhhh
— m.izwan (@Izwankhan2) December 23, 2021
Ini sisa kayu balak. Tertimbus kat bawah tanah di hutan. Bila banjir, semua terbongkar
— Khairuddin Daud (@mkhairuddindaud) December 23, 2021
Sri Muda is water…. Karak is Water+ Balak + mud … suprise why it’s not declared as disaster zone
— Raja רָגָ׳ה ராஜா (@rajan_2009) December 24, 2021
Polis semalam menerusi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu Utusan Malaysia situasi banjir di negara ini merekodkan 41 kematian akibat banjir. Kesemua mangsa terdiri daripada 26 lelaki, 13 wanita dan dua kanak-kanak. Keseluruhan jumlah itu melibatkan 26 mangsa di Selangor dan 15 lagi di Pahang.
NASA kongsi imej perbezaan kawasan hutan di antara Sarawak dan Brunei. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
NASA Kongsi Imej Perbezaan Kawasan Hutan Di Antara Sarawak Dan Brunei
Tular Gambar Kayu Balak Saiz ‘Luar Biasa’, Jabatan Perhutanan Pahang Tampil Jelaskan Perkara Sebenar
Hutan Amazon Terbakar Lagi, Kali Ini Paling Teruk Dalam Tempoh 13 Tahun Untuk Bulan Jun